Khamis, 22 Mei 2014

Transformasi Diri Kerana Aku MenyintaiNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah Allah memberikan aku kesempatan untuk menikmati hari-hari mendatang. Terima kasih Allah atas limpahan kurniaan nikmatnya. Almathurat menjadi teman setiaku setiap pagi, aku menjadi lebih tenang dan positif akan kehidupan. Berusaha sedaya upaya memahami maksud-maksud zikir Rasullullah. Semoga aku akan bersama-samanya di sana dengan syafaat baginda.Amin.

Entah kenapa air mata mudah sangat bergenang. Ya Allah berikan aku kekuatan, ketabahan, keceriaan, berikan aku cinta untuk hanya menyintaiMu, Menyintai Rasullullah dan Menyintai Al-Quran.Aku mencari cintaMu, cinta yang penuh keagungan. Aku tidak mahu lagi menyintai manusia, setia pada cinta manusia kerana cinta manusia tidak pernah kekal, penuh dengan ketidakjujuran, penuh dengan penipuan, penuh dengan ketidakikhlasan, penuh dengan nafsu. Cukup sekali apa yang aku alami dipertemukan dengan insan yang salah insan yang hidupnya seperti sesumpah. Aku kecewa , hampa dengan perbuatannya terhadap aku. Namun, aku sentiasa memaafkannya, mendoakan kebahagiaanya bersama keluarga. Itu yang terbaik. Allah temukan aku pada insan yang salah, untuk aku berubah menjadi HambaNya yang lebih baik.Aku mesti positif. Aku perlu melakukan transformasi diri. Dulu aku sibuk untuk mentransformasikan dirinya, mahu menjadikannya insan yang lebih baik, berkeyakinan.Namun takdir Allah telah mengubah hidup aku, merubah persepsiku pada insan bernama lelaki.

Apa yang perlu aku fokus bukan lagi kesedihan atas perbuatan tindak tanduk dia, yang penting aku perlu melawan gangguan ini sedaya upayaku dengan zikrullah dan amalan ayat-ayat suci alquran supaya aku bebas dari serangan jin-jin yang sentiasa mahu menyesatkan manusia. Aku tahu lambat laun aku akan menang, gangguan akan hilang dengan bantuan ayat-ayat quran.Setiap kali aku menjalani rawatan, Allah menambahkan aku ilmu pengetahuan terhadap rawatan Al-Ruqyah dan rumahku sentiasa berkumandang dengan ayat-ayat suci. Inilah penemanku yang setia sentiasa bersamaku. membantuku apabila aku diserang.

Mulai hari ini, 21 Rejab malam Jumaat yang penuh barakah,aku berjanji pada diriku, aku perlu berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku perlu delete Segala Fail-Fail aku ketika bersamanya. Aku tidak mahu lagi mengingati fail-fail negatif yang telah bersarang di dalam CPU mindaku. Cukup 13 tahun aku bersamanya. Ya Allah kau kurniakanlah aku kekuatan, aku mahu berubah menjadi HambaMu yang lebih baik. Aku tidak mahu aku yang dulu. Aku yang dulu sentiasa bersangka baik padanya kerana sikap itulah telah memusnahkan kerjaya dan kehidupan masa depan. Ya Allah ampunkannya Ya Allah, aku maafkannya Ya Allah, Aku tidak mahu kehidupannya susah di sana Ya Allah. 

Transformasi Yang aku perlu buat  mulai saat ini:-
1.Lakukan perubahan sikap
2.Delete kenangan aku dengannya
3.Masukkan Fail positif
4.Buat baik, lebih baik dari dulu
5.Self talk yang lebih positif
6.Sentiasa Ikhlas
7.Sentiasa Bersyukur
8.Sentiasa berzikir
9.Perbanyakkan Berselawat
10.Perbanyakkan Bacaan Al-Quran 

Insya-Allah, aku mampu mengatasinya dengan jayanya. Aku yakin dan percaya jika ada kesungguhan dalam diri untuk berubah Allah akan sentiasa membantu aku dan melorongkan aku untuk ke arah kebaikan. Aku mahu menggunakan minda di bawah sedarku, aku mahu memaksimumkan kuasa inuitif yang ada dalam diriku supaya kali ini setiap keputusanku tepat dan mendapat keredhaanNya. Aku tidak mahu menggunakan kuasa 5 pacainderaku lagi kerana pengalaman telah mengajarku bahawa apa yang kita nampak, apa yang kita rasa,apa yang kita dengar belum tentu ada kebenarannya. Cukup 11 tahun aku tertipu akibat terlalu percaya pada 5 pacainderaku untuk membuat keputusan. 

Petang tadi, berakah kedatangan permulaan hari Jumaat, aku mendapat rezeki kurniaan Allah. Aku dipertemukan dengan seorang HambaNYa yang hatinya penuh keihklasan kejujuran mendidik manusia ke arah kebaikan. Aku  mendapat hadiah ini...hadiah yang telah menyentuh mata hatiku...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan