Alhamdulillah aku masih bernafas, terima kasih Allah atas limpahan nikmat kurniannya. Badanku rasa lemah, tapi mindaku mesti positif, What you think is What You Are. Teringatkan kata-kata semangat dari Mejar Shuhaimi beberapa hari lalu. Kita yang mengawal minda kita, don't let the mind control us. Allah Maha Mengetahui di saat aku memerlukan semangat yang tinggi, Allah melorongkan hati rakanku mendaftarkan aku untuk menghadiri kursus motivasi diri. Mula-mula aku agak keberatan kerana aku tak sihat cuti di rumah, aku seakan mahu menolak pada mulanya.Tapi Allah berikan aku kekuatan untuk menghadirinya. Semoga Allah memberikan ganjaran di padang Mahsyar kepada kawanku yang prihatin padaku. Mejar Shuhaimi speaker yang hebat, aku mendapat banyak ilmu daripadanya. Kata-katanya seperti azimat membakar semangat untuk aku terus berusaha menjadi mukmin yang sejati. Terima kasih Allah. Ya Allah jangan kiranya Engkau Membiarkan aku walaupun sekelip mata, kau bersihkan hatiku dari kekotoran, Engkau gantikan hatiku dengan hati yang yang lain hati yang bersih, hati yang sentiasa MenyintaiMu, Menyintai Rasullullah, Menyintai AlQuran dan Sunnah. Amin.
Esok puasa tak? Saya nak belanja akak. SMS yang ku terima tadi. Maaf esok akak puasa, insyaallah. Kita tidak tahu tahun depan Allah berikan kita jumpa Rejab atau tidak. Itu jawapanku ringkas. Akak, esok saya pun nak puasa lah. Alhamdullillah. Semoga Allah memberikannya ganjaran atas niatnya itu. Selagi diberikan Allah peluang untuk berpuasa, aku akan berusaha puasa Isnin Khamis. Itu azamku sekarang. Aku bukan berjanji tapi aku berusaha mengekalkannya. Dulu aku sering berpuasa sunat, tetapi sejak aku sakit aku tinggalkannya kerana badanku semakin kurus dan memberikan tekanan padaku apabila orang menegur akan keadaan fizikalku dan mukaku yang pucat. Aku teringat kata-kata seorang mak cik yang sakit, mak cik tak nak buka puasa kerana sakit, biarlah mak cik mati dalam keadaan berpuasa. Subhanallah..Semoga aku diberikan kekuatan oleh Allah seperti mak cik tersebut.
Aku tiba-tiba teringatkan dia..Ya Allah kau buangkan perasaan kerinduan ini ya Allah. Semoga pengorbanan aku membahagiakan dia sekeluarga. Aku redha. Ya Allah kau temukan aku pada insan yang lebih baik insan pilihanMu andai tiada, kau berikan aku kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan tabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan