Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku "rezeki ". Rezeki pada hari ini, aku sihat, aku kembali bertugas setelah berehat di rumah. Aku agak down pada permulaan pagi, entah kenapa air mata aku mudah betul mengalir. Namun takdir pagi yang mulia ini, Allah mengurniakan aku rezeki yang tidak disangka-sangka. Aku bertemu dengan seorang speaker yang telah menaikkan semangat aku pada mulanya down. Speaker Mejar Dr. Shuhaimi B. Shahidan (B), terima kasih Allah. Alhamdulillah. Kata-katanya memberikan aku semangat untuk terus berjuang melawan penyakit dengan minda yang positif. Aku berjanji pada diri aku mulai hari ini aku mesti positif dengan kehidupan, sentiasa memaafkan sesiapa yang telah menganiayai kehidupan aku. Siapa aku untuk tidak memaafkan kesalahannya, aku pernah menyayanginya kerana Allah. Namun takdir Allah telah mengubah kehidupan aku. Ya Allah, kau ampunkan kesalahanku, kesalahan ibu bapaku, keluargaku dan semua kesalahan mereka yang telah menganiayai aku ya Allah.
Hari ini aku mempelajari ilmu yang amat berguna untuk aku, Allah Maha Mengetahui apa yang aku perlukan di saat-saat aku melawan kesakitan. Mengenal diri secara holistik melalui kumpulan darah itu yang aku pelajari daripada Mejar Dr.Shuhaimi. Alhamdulillah, aku belajar tentang pemakanan untuk mencegah kanser.Sistem badan aku memang sudah bercelaru,dan potensi untuk mendapat penyakit kronik tersebut ada. Aku sedar aku redha namun aku perlu berusaha untuk mencegahnya.
Aku nak menjadi aku yang dulu. Yang ceria, yang bersih hatinya tanpa ada dendam, yang positif dengan cabaran dan rintangan, sabar. Aku rindukan aku yang dulu. Aku nak menjadi aku yang dulu ketika zaman remajaku, zaman aku bergelar pelajar. Aku akan tersenyum walaupun dimaki, dicerca, diam apabila dimarahi. Dulu aku ingat Cikgu Matematik aku suka memarahiku di dalam kelas walaupun aku tidah buat salah.Rupa-rupanya dia suka marah aku kerana gemar melihat aku tersenyum bila aku dimarahi. Tidak pernah ada dendam pada mereka yang pernah membuat aku kesedihan. Namun 13 tahun kebelakangan ini aku hilang semua sifat-sifat tersebut. Kemana perginga, hilangnya sifat-sifat Mahmudah dalam diriku. Mengapa sifat-sifat Mazmumah sering menjadi temanku. "Gangguan" menjadikan aku begitu. Aku berazam melawan gangguan yang menyerangku dengan kalimah-kalimah Allah, zikrullah "senjata" yang Allah kurniakan kepada setiap umatNya.Semoga Allah Taala menggembalikan semula sifat-sifat mahmudah dalam diriku dan menghapuskan semua sifat-sifat Mazmumah yang telah bersarang di dalam diriku. Ya Allah bantulah aku, janganlah sekalipun kau meninggalkan aku dari pandanganMu walaupun sekelip mata kerana hanya padaMu aku bergantung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan