بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Syukur alhamdulillah aku selamat sampai ke pejabat. Rakan sepejabatku belanja kami breakfast. Syukur alhamdulillah.Semoga dimurahkan lagi rezekinya. Aku didatangi oleh seseorang, rakanku dari unit yang berlainan. Seperti kebiasaan kami akan bersalam dan berpelukan setiap pagi jika aku datang ke pejabat, dia menegur akan aku..aku nampak kurus dan tak bermaya. Aku memasang ayatul ruqyah. Tiba-tiba tanganku ada garisan seperti dihiris. Aku tunjukkan kepada kawanku. Dia agak terkejut sedangkan dia ada dihadapan aku bertanyakan khabarku. Aku tidak menyentuh tanganku, tapi tiba-tiba sahaja ada garisan-garisan seperti hirisan pisau atau ditekan dengan benda tajam.
Rakan-rakanku yang lain juga bertanya akan kesihatanku. Jawapanku ringkas " semoga Allah beri kekuatan dan semangat untuk saya bekerja". Aku agak sibuk, cuba melupakan kesakitan, fokus pada tugasan. Kalau terlalu sakit, aku hanya memukul-mukul tanganku. Itu yang aku mampu lakukan. Ada rakan yang bertanya sakit tu rasa macamana. Aku tak tahu nak gambarkan. Itu jawapanku mudah.
Aku terharu apabila ustazah kelas mengajiku datang menziarahiku di pejabat. Sudah hampir 2 bulan aku tidak menghadiri kelas tajwid. Aku tak sihat. Aku tak kerja selalu cuti. Aku betul-betul terharu, masih ada orang yang ambil berat akan aku. Walaupun aku kehilangannya, tapi Allah gantikan aku dengan insan-insan yang benar-benar ikhlas menyayangi aku. Aku teringat beberapa bulan lalu, aku ada datang ke kelas usrah,setelah sekian lama aku duduk di rumah. Ketika aku bersalaman dengan ustazah selepas solat berjemaah, ustazah menarik tangan aku, memandang wajahku sambil membaca sesuatu lalu menghembus ke mukaku. Tiba-tiba aku menangis, entah kenapa aku tidak mampu menahan kesedihan. Air mata kesedihan yang aku simpan akhirnya tertumpah....
Badanku lemah, ya Allah berikan aku kekuatan Ya Allah....Semoga kesakitanku ini menjadi penebus dosa-dosaku Ya Allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan