Sabtu, 24 Mei 2014

Bersyukur & Harapan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah aku masih diberikan oleh Allah untuk menikmati hari-hari mendatang dengan penuh bersemangat. Self talk yang positif  memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang aku telah lakukan, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, keluargaku dan semua muslimin dan muslimat. Temukan kami dengan insan-insan yang sentiasa membawa kita ke jalan Allah. Amin.

Seperti selalu, semalam Sabtu adalah hari untuk aku menjalani rawatan. Berbekalkan semangat yang kuat dan harapan menggunung aku tempuhi hari-hari mendatang dengan harapan AKU AKAN SEMBUH dengan izin Allah. Melihat raut wajah perawat memberikan aku semangat untuk terus melawan gangguan yang menyerang tanpa jemu. Aku yakin dengan perancangan Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui takdir yang terbaik untukku. Aku redha. Allah mendatangkan aku musibah untuk aku berubah menjadi hambaNya yang solehah.

"Ya Allah berikan aku cahaya petunjuk hidayahMu agar aku menjadi insan mukmin yang lebih baik."

Terlintas di kotak mindaku, sampai bila aku perlu menjalani rawatan dan mandi air rawatan. Tiada jawapan untuk persoalanku itu. Sabar, dengan cara ini akan terhapus segala dosa lalu, dan aku menjadi lebih dekat terhadap Allah dengan zikrullah dan alquran. Itulah hikmah. Aku perlu bersangka baik dengan Allah dan mindaku sentiasa positive. Aku tidak mahu toksik-toksik aktif di dalam sistem badanku. Senjatanya " Al-QURAN & ZIKRULLAH & AMALAN SOLEH. Allah mendatangkan ujian/musibah kepada hambanya mengikut kemampuan hambanya. Aku perlu positif dengan ujian Allah.  REDHA itu yang terbaik!!!

Aku bersyukur dengan penyakit yang datang. Sekurang-kurangya aku berusaha untuk memperbaiki diri sebelum dijemputNya. Kalau aku tidak diberikan musibah "ujian dengan sikap manusia" & ujian "kesakitan" sehingga kini aku berterusan lalai dengan dunia dan semakin jauh denganNya. Namun, Allah lebih menyayangi aku, dia memberikan aku musibah untuk memberikan aku hidayah. Melalui pembacaanku, manusia melihat musibah dengan 2 cara:-

1. Melihat musibah dengan pandangan mata hati dan menjadikan kita semakin dekat denganNya.

2. Melihat musibah dengan pandangan mata "fizikal" dan menjadikan kita semakin jauh denganNya.

Alhamdulillah, mata hatiku dapat melihat Nur Hidayah yang Allah kurniakan. Tidak dapat aku bayangkan andai Allah cabut nyawaku dalam keadaan aku kufur nikmat, lagha, menyintai insan secara berlebihan. Aku mahu hidup dan matiku dalam keadaan Islam, dalam keadaan yang mendapat keredhaan Allah.

Harta dan pangkat itu tidak pasti,

TAPI MATI ITU PASTI kerana kematian akan datang kepada semua yang bernyawa tanpa terkecuali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan