Alfatihah buat Almarhum Sultan Azlan Syah, dariNya kita datang KepadaNya kita akan kembali. Pangkat dan harta tidak pasti tetapi MATI itu pasti untuk setiap makhluk di muka bumi.
Alhamdulillah hari ini aku ada kekuatan untuk bertugas, berkat air zam-zam yang ku minum sebelum tidur. Malam tadi aku boleh tidur, tiada gangguan yang teruk seperti selalu.
Bangun pagi, aku self talk pada perkara positif dan bayangkan apa yang aku nak capai dalam hidup ini. Aku hidup mencari keredahaan Illahi. Aku mahu mati dalam IMAN, aku hanya mampu menyintai Allah, Menyintai Rasullullah Menyintai Alquran dan Sunnah.
"Orang yang bijak apabila hilang sesuatu punca, dia akan berjaya kembali balik". Aku cuba mendalami maksud kata-kata tersebut. Pandanglah segala musibah dengan pandangan mata hati, Itu yang aku faham dari statement tersebut.Allah turunkan musibah untuk kita berfikir dan bermuhasabah lalu perbaiki diri.
Aku mahu menjadi insan yang berfikiran kritis, sentiasa peka terhadap sesuatu kejadian atau masalah.Jangan terlalu bersangka baik seperti dahulu. Ramai manusia yang seperti sesumpah. Nampak Warak tidak semestinya lelaki itu baik, jujur, dan ikhlas. Pengalaman mengajarku prejudis pada insan bernama lelaki. Kalau lelaki itu solat belum tentu dia seorang yang baik penuh dengan kejujuran. Ibu guru agama belum tentu anaknya terdidik dengan sifat-sifat mahmudah.
Jangan sesekali menilai seseorang dengan 5 pacaindera , gunakanlah kuasa minda inuitif, subconscious mind yang Allah kurniakan kepada setiap insan bergelar manusia. Jangan sangka Lelaki Yang Nampak Warak itu benar-benar warak. Kadang-kala mereka lebih buruk perangainya daripada manusia yang kurang pegangan agamanya. Bersolat tapi masih menipu? Mengapa perkara sedemikian boleh terjadi? Jawapan yang ku dapat "bersolat tapi masih menipu, tak jujur dengan hubungan sesama manusia, dan paling sedih sehingga aniayai kehidupan orang lain",
Mengapa? Perkara itu terjadi kerana solat orang tersebut tidak sempurna. Jika sempurna dia tidak akan sanggup menipu, tidak jujur, berjanji dan menganiayai kehidupan orang lain demi kepentingan peribadi dan paling menyedihkan tidak boleh buat sesuatu keputusan. Bukan menipu tapi tak berterus terang. Itu jawapan standard dari manusia yang hidupnya seperti sesumpah. Tak bahagia, tapi anak berderet itu apa? Jawapan yang paling menyakitkan memang tak berkahwin, tak berkahwin lagi satu. Itulah namanya lelaki yang penuh dengan tipu daya untuk kepentingan diri. Mereka lupa mahkamah Allah ada, di dunia mereka terselamat, tetapi di sana belum tentu mereka akan terselamat atas perbuatan mereka. Mahu ikut sunnah rasullulah, tapi sirah rasullullah tidak dihayati. Sunah rasullullah tidak mengajar pengikutnya untuk berbohong dengan alasan bukan berbohong, cuma tak berterus terang..Bertahan kerana anak-anak, tapi bagaimana dengan insan yang teraniaya, anak kepada seorang ibu dan bapa. Kenapa pentingkan diri? Kenapa suka berbohong, kenapa suka aniaya hidup orang lain, kenapa memberi harapan berjanji, sedangkan diri sendiri tidak ada pendirian, tiada keputusan. Mengapa? Kita ini apa? Manusia yang tiada hati dan perasaan? Manusia yang tidak ada jiwa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan