Sabtu, 31 Mei 2014

Kembalikan Semula Minda Positive!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Ya Allah apa yang sudah berlaku kepadaku sejak beberapa hari ini. Semalam aku cuba mengumpul kekuatan untuk kembali positif, Ya Allah kau bantulah aku melawan gangguan di dalam diriku ini Ya Allah.

Aku menghadiri ceramah Dr.Danial, pakar mengkaji astronomi. Beliau menceritakan Tahun Dukacita Rasullullah yang telah kehilangan 2 orang yang disayangi dan sentiasa melindungi baginda. Namun Rasulullah tidak menoleh lagi ke belakang, baginda terus meneruskan kehidupan dengan tabah. Aku perlu mengambil ikhtibar dari sirah rasulullah, aku tidak boleh menoleh ke belakang jika aku mahu bahagia dan gembira meneruskan kehidupan.Aku perlu positif!!! Ya Allah, bantulah aku melawan gangguan.Aku tidak mahu gangguan menguasai hidup dan mindaku. Zikrullah, Alquran "senjata" ku untuk memerangi gangguan. Esok, darusyifa itulah rutin aku setiap minggu.

Aku sentiasa maafkan dia. Semalam aku menangis aku luahkan apa yang tersimpan di dalam hatiku. Kawanku M memujukku, jangan ingatkan dia lagi .Tadi M memberitahuku malam tadi dia memikirkan aku, bertanya padaku adakah aku masih mengharap pada dia yang lama lagi. Ringkas jawapanku, tidak. M memberikanku semangat. Terima kasih M kerana memahamiku.Berharap aku berjumpa dengan insan lebih baik insan pilihan Allah.



Rabu, 28 Mei 2014

Mati Itu Pasti..Alfatihah..

Alfatihah buat Almarhum Sultan Azlan Syah, dariNya kita datang KepadaNya kita akan kembali. Pangkat dan harta tidak pasti tetapi MATI itu pasti untuk setiap makhluk di muka bumi.

Alhamdulillah hari ini aku ada kekuatan untuk bertugas, berkat air zam-zam yang ku minum sebelum tidur. Malam tadi aku boleh tidur, tiada gangguan yang teruk seperti selalu.

Bangun pagi, aku self talk pada perkara positif dan bayangkan apa yang aku nak capai dalam hidup ini. Aku hidup mencari keredahaan Illahi. Aku mahu mati dalam IMAN, aku hanya mampu menyintai Allah, Menyintai Rasullullah Menyintai Alquran dan Sunnah. 

"Orang yang bijak apabila hilang sesuatu punca, dia akan berjaya kembali balik". Aku cuba mendalami maksud kata-kata tersebut. Pandanglah segala musibah dengan pandangan mata hati, Itu yang aku faham dari  statement tersebut.Allah turunkan musibah untuk kita berfikir dan bermuhasabah lalu perbaiki diri.

Aku mahu menjadi insan yang berfikiran kritis, sentiasa peka terhadap sesuatu kejadian atau masalah.Jangan terlalu bersangka baik seperti dahulu. Ramai manusia yang seperti sesumpah. Nampak Warak tidak semestinya lelaki itu baik, jujur, dan ikhlas. Pengalaman mengajarku prejudis pada insan bernama lelaki. Kalau lelaki itu solat belum tentu dia seorang yang baik penuh dengan kejujuran. Ibu guru agama belum tentu anaknya terdidik dengan sifat-sifat mahmudah. 

Jangan sesekali menilai seseorang dengan 5 pacaindera , gunakanlah kuasa minda inuitif, subconscious mind yang Allah kurniakan kepada setiap insan bergelar manusia. Jangan sangka Lelaki Yang Nampak Warak itu benar-benar warak. Kadang-kala mereka lebih buruk perangainya daripada manusia yang kurang pegangan agamanya. Bersolat tapi masih menipu? Mengapa perkara sedemikian boleh terjadi? Jawapan yang ku dapat "bersolat tapi masih menipu, tak jujur dengan hubungan sesama manusia, dan paling sedih sehingga aniayai kehidupan orang lain",

Mengapa? Perkara itu terjadi kerana solat orang tersebut tidak sempurna. Jika sempurna dia tidak akan sanggup menipu, tidak jujur, berjanji dan menganiayai kehidupan orang lain  demi kepentingan peribadi dan paling menyedihkan tidak boleh buat sesuatu keputusan. Bukan menipu tapi tak berterus terang. Itu jawapan standard dari manusia yang hidupnya seperti sesumpah. Tak bahagia, tapi anak berderet itu apa? Jawapan yang paling menyakitkan memang tak berkahwin, tak berkahwin lagi satu. Itulah namanya lelaki yang penuh dengan tipu daya untuk kepentingan diri. Mereka lupa mahkamah Allah ada, di dunia mereka terselamat, tetapi di sana belum tentu mereka akan terselamat atas perbuatan mereka. Mahu ikut sunnah rasullulah, tapi sirah rasullullah tidak dihayati. Sunah rasullullah tidak mengajar pengikutnya untuk berbohong dengan alasan bukan berbohong, cuma tak berterus terang..Bertahan kerana anak-anak, tapi bagaimana dengan insan yang teraniaya, anak kepada seorang ibu dan bapa. Kenapa pentingkan diri? Kenapa suka berbohong, kenapa suka aniaya hidup orang lain, kenapa memberi harapan berjanji, sedangkan diri sendiri tidak ada pendirian, tiada keputusan. Mengapa? Kita ini apa? Manusia yang tiada hati dan perasaan? Manusia yang tidak ada jiwa? 

Selasa, 27 Mei 2014

Lemah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah aku masih bernafas. Badanku terasa agak lemah. Malam tadi aku masih diganggu. Pagi ini aku mengumpulkan sepenuh tenaga untuk pergi ke pejabat......Walaupun lemah, tak bermaya ku gagahi juga untuk ke pejabat.Dah lama tak datang, aku bosan duduk di rumah. Perjalanan ke pejabat aku gagahi dengan berdiri di sepanjang perjalanan. Tiada yang sudi untuk memberikanku tempat duduk. Aku berzikir untuk meredakan kesakitan.

Syukur alhamdulillah aku selamat sampai ke pejabat. Rakan sepejabatku belanja kami breakfast. Syukur alhamdulillah.Semoga dimurahkan lagi rezekinya. Aku didatangi oleh seseorang, rakanku dari unit yang berlainan. Seperti kebiasaan kami akan bersalam dan berpelukan setiap pagi jika aku datang ke pejabat, dia menegur akan aku..aku nampak kurus dan tak bermaya. Aku memasang ayatul ruqyah. Tiba-tiba tanganku ada garisan seperti dihiris. Aku tunjukkan kepada kawanku. Dia agak terkejut sedangkan dia ada dihadapan aku bertanyakan khabarku. Aku tidak menyentuh tanganku, tapi tiba-tiba sahaja ada garisan-garisan seperti hirisan pisau atau ditekan dengan benda tajam. 

Rakan-rakanku yang lain juga bertanya akan kesihatanku. Jawapanku ringkas " semoga Allah beri kekuatan dan semangat untuk saya bekerja". Aku agak sibuk, cuba melupakan kesakitan, fokus pada tugasan. Kalau terlalu sakit, aku hanya memukul-mukul tanganku. Itu yang aku mampu lakukan. Ada rakan yang bertanya sakit tu rasa macamana. Aku tak tahu nak gambarkan. Itu jawapanku mudah.

Aku terharu apabila ustazah kelas mengajiku datang menziarahiku di pejabat. Sudah hampir 2 bulan aku tidak menghadiri kelas tajwid. Aku tak sihat. Aku tak kerja selalu cuti. Aku betul-betul terharu, masih ada orang yang ambil berat akan aku. Walaupun aku kehilangannya, tapi Allah gantikan aku dengan insan-insan yang benar-benar ikhlas menyayangi aku. Aku teringat beberapa bulan lalu, aku ada datang ke kelas usrah,setelah sekian lama aku duduk di rumah. Ketika aku bersalaman dengan ustazah selepas solat berjemaah, ustazah menarik tangan aku, memandang wajahku sambil membaca sesuatu lalu menghembus ke mukaku. Tiba-tiba aku menangis, entah kenapa aku tidak mampu menahan kesedihan. Air mata kesedihan yang aku simpan akhirnya tertumpah....

Badanku lemah, ya Allah berikan aku kekuatan Ya Allah....Semoga kesakitanku ini menjadi penebus dosa-dosaku Ya Allah...



Isnin, 26 Mei 2014

Alruqyah & Gangguan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, aku baru selesai mandi air rawatan. Namun badanku masih lemah...bahuku terasa berat, lengan kananku agak lemah, namun tiada lagi tanda-tanda lebam dan seperti dihiris pisau..Cuma aku tidak berasa selesa bila terasa ada sesuatu bergerak-gerak di bawah kulit lenganku. Apabila aku membaca ayat ruqyah di lenganku, cuba menangkap dan membuangkannya, gerakan akan terhenti dan beralih ke bahagian belakangku.



Melihat deretan botol air ruqyah..hampir setahun aku hanya minum air ruqyah setiap masa. Bukan sahaja untuk minum, aku gunakan untuk sapu badanku ketika serangan gangguan, dan mandi pada setiap petang. Kadangkala tidak menunggu petang, pukul 1 pagi pun aku akan mandi air rawatan kalau aku terlalu sakit dengan gangguan menyerang. Kakiku sudah terasa ada seperti benda bergerak-gerak..badanku tiba-tiba lemah... 

Ya Allah Kuatkan Hatiku Kuatkan Semangatku...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Malam tadi gangguan menyerangku lagi..Hanya pada Allah aku meminta pertolongan. Resah, gelisah, serba tak kena aku dibuatnya. Hanya alruqyah menjadi peneman di samping Allah Taala. Aku terbayang bagaimanakah nanti ketika aku di ambang saktratulmaut jika keadaan begini pun aku dah tak tahan, resah gelisah, dalam hati tidak henti-henti berzikir dan surah-surah yang terlintas aku baca tanpa jemu. Puas aku tukar posisi tidur di simen , di tilam, di mana-mana sahaja yang aku rasa selesa. 


Pagi ini badan aku tak bermaya, aku tak larat ke pejabat. Minggu lepas keja dua hari sahaja. Sampai bila aku nak begini, aku cuba melawan, tapi kekuatan fizikal ku tak mampu. Aku terbaring sepanjang hari. Aku cuba teruskan untuk berpuasa pada hari ini. Aku tak tahu tahun depan aku mampu bertemu dengan bulan Rejab lagi. Aku mesti berpuasa andai nyawaku diambil pada hari ini biarlah aku mati dalam keadaan berpuasa.


Syukur alhamdulillah aku mampu habiskan puasa walaupun hanya berbaring sepanjang masa. Kuatkan semangat masak nasi, goreng telur dan ikan bilis untuk juadah berbuka puasa. Itu yang aku mampu lakukan dengan tenaga yang ada.


Badanku lemah, tapi berusaha untuk solat magrib. Yassin, Al-Waqiah,Al-Mulk, dan beberapa surah sempat ku baca sebelum isyak. Aku mesti melawan kesakitan dan gangguan dengan bacaan ayat-ayat suci alquran. Quran yang penuh dengan mukjizat. Aku cuba memahami maksud Surah Al-Rahman, membaca surah-surah lain tanpa jemu. Ya Allah kau gantikan hatiku ini agar menyintaiMu, menyintaiRasullullah dan menyintai Al-Quran dan sunnah. Amin. Aku berusaha ke arah itu ya Allah. Permudahkanlah Ya Allah.


Ya Allah, Kosongkan hatiku dari menyintai dunia agar aku dapat  menyintaiMu, Menyintai Rasullullah, Menyintai Alquran dan Sunnah. Kesakitan yang aku alami ini adalah sebesar zarah, aku mesti terima dengan redha, bersangka baik denganMu Ya Allah.


Illahi Kau yang ku tuju,
RedhaMu Yang ku cari,

Fear of  Tomorow...
Forget of the past....
Just do it in the Name Of ALLAH..
Don't care about the people think about you..
Do something and focus..


I want to be A Good Muslimah,
I can be a good daughter,
I can be a good sister,
I can be a good cousin,
I can be a good friend, 
I can go to umrah and Hajj,
I  will only speak Kind Words.


My Journal for today :


"Yakin, Syukur, memberi manfaat kpd orang"
Yakin dengan kesakitan ini hanya sementara, Yakin aku akan sembuh dengan Izin Allah,
Beryukur Allah bukakan pintu hidayah, Bersyukur aku masih bernafas,
Aku mahu memberikan kehidupanku ini bermanfaat kepada orang lain, berkorban untuk orang lain..

Ahad, 25 Mei 2014

Adakah Allah Beri Kita Peluang Berpuasa Sunat Pada Rejab Tahun Hadapan?

Alhamdulillah aku masih bernafas, terima kasih Allah atas limpahan nikmat kurniannya. Badanku rasa lemah, tapi mindaku mesti positif, What you think is What You Are. Teringatkan kata-kata semangat dari Mejar Shuhaimi beberapa hari lalu. Kita yang mengawal minda kita, don't let the mind control us. Allah Maha Mengetahui di saat aku memerlukan semangat yang tinggi, Allah melorongkan hati rakanku mendaftarkan aku untuk menghadiri kursus motivasi diri. Mula-mula aku agak keberatan kerana aku tak sihat cuti di rumah, aku seakan mahu menolak pada mulanya.Tapi Allah berikan aku kekuatan untuk menghadirinya. Semoga Allah memberikan ganjaran di padang Mahsyar kepada kawanku yang prihatin padaku. Mejar Shuhaimi speaker yang hebat, aku mendapat banyak ilmu daripadanya. Kata-katanya seperti azimat membakar semangat untuk aku terus berusaha menjadi mukmin yang sejati. Terima kasih Allah. Ya Allah jangan kiranya Engkau Membiarkan aku walaupun sekelip mata, kau bersihkan hatiku dari kekotoran, Engkau gantikan hatiku dengan hati yang yang lain hati yang bersih, hati yang sentiasa MenyintaiMu, Menyintai Rasullullah, Menyintai AlQuran dan Sunnah. Amin. 

Esok puasa tak? Saya nak belanja akak. SMS yang ku terima tadi. Maaf esok akak puasa, insyaallah. Kita tidak tahu tahun depan Allah  berikan kita jumpa Rejab atau tidak. Itu jawapanku ringkas. Akak, esok saya pun nak puasa lah. Alhamdullillah. Semoga Allah memberikannya ganjaran atas niatnya itu. Selagi diberikan Allah peluang untuk berpuasa, aku akan berusaha puasa Isnin Khamis. Itu azamku sekarang. Aku bukan berjanji tapi aku berusaha mengekalkannya. Dulu aku sering berpuasa sunat, tetapi sejak aku sakit aku tinggalkannya kerana badanku semakin kurus dan memberikan tekanan padaku apabila orang menegur akan keadaan fizikalku dan mukaku yang pucat. Aku teringat kata-kata seorang mak cik yang sakit, mak cik tak nak buka puasa kerana sakit, biarlah mak cik mati dalam keadaan berpuasa. Subhanallah..Semoga aku diberikan kekuatan oleh Allah seperti mak cik tersebut.

Aku tiba-tiba teringatkan dia..Ya Allah kau buangkan perasaan kerinduan ini ya Allah. Semoga pengorbanan aku membahagiakan dia sekeluarga. Aku redha. Ya Allah kau temukan aku pada insan yang lebih baik insan pilihanMu andai tiada, kau berikan aku kekuatan untuk menjalani kehidupan dengan tabah.

Sabtu, 24 Mei 2014

Bersyukur & Harapan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah aku masih diberikan oleh Allah untuk menikmati hari-hari mendatang dengan penuh bersemangat. Self talk yang positif  memohon agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang aku telah lakukan, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, keluargaku dan semua muslimin dan muslimat. Temukan kami dengan insan-insan yang sentiasa membawa kita ke jalan Allah. Amin.

Seperti selalu, semalam Sabtu adalah hari untuk aku menjalani rawatan. Berbekalkan semangat yang kuat dan harapan menggunung aku tempuhi hari-hari mendatang dengan harapan AKU AKAN SEMBUH dengan izin Allah. Melihat raut wajah perawat memberikan aku semangat untuk terus melawan gangguan yang menyerang tanpa jemu. Aku yakin dengan perancangan Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui takdir yang terbaik untukku. Aku redha. Allah mendatangkan aku musibah untuk aku berubah menjadi hambaNya yang solehah.

"Ya Allah berikan aku cahaya petunjuk hidayahMu agar aku menjadi insan mukmin yang lebih baik."

Terlintas di kotak mindaku, sampai bila aku perlu menjalani rawatan dan mandi air rawatan. Tiada jawapan untuk persoalanku itu. Sabar, dengan cara ini akan terhapus segala dosa lalu, dan aku menjadi lebih dekat terhadap Allah dengan zikrullah dan alquran. Itulah hikmah. Aku perlu bersangka baik dengan Allah dan mindaku sentiasa positive. Aku tidak mahu toksik-toksik aktif di dalam sistem badanku. Senjatanya " Al-QURAN & ZIKRULLAH & AMALAN SOLEH. Allah mendatangkan ujian/musibah kepada hambanya mengikut kemampuan hambanya. Aku perlu positif dengan ujian Allah.  REDHA itu yang terbaik!!!

Aku bersyukur dengan penyakit yang datang. Sekurang-kurangya aku berusaha untuk memperbaiki diri sebelum dijemputNya. Kalau aku tidak diberikan musibah "ujian dengan sikap manusia" & ujian "kesakitan" sehingga kini aku berterusan lalai dengan dunia dan semakin jauh denganNya. Namun, Allah lebih menyayangi aku, dia memberikan aku musibah untuk memberikan aku hidayah. Melalui pembacaanku, manusia melihat musibah dengan 2 cara:-

1. Melihat musibah dengan pandangan mata hati dan menjadikan kita semakin dekat denganNya.

2. Melihat musibah dengan pandangan mata "fizikal" dan menjadikan kita semakin jauh denganNya.

Alhamdulillah, mata hatiku dapat melihat Nur Hidayah yang Allah kurniakan. Tidak dapat aku bayangkan andai Allah cabut nyawaku dalam keadaan aku kufur nikmat, lagha, menyintai insan secara berlebihan. Aku mahu hidup dan matiku dalam keadaan Islam, dalam keadaan yang mendapat keredhaan Allah.

Harta dan pangkat itu tidak pasti,

TAPI MATI ITU PASTI kerana kematian akan datang kepada semua yang bernyawa tanpa terkecuali.

Jumaat, 23 Mei 2014

Jumaat Yang Penuh Barakah...Ketulusan hati...

Skrip kehidupan aku pada pagi yang penuh barakah ini, bermula dengan appoinmentku dengan doktor pakar. Hari ini appointment terakhir untuk bulan ini setelah empat appointment aku hadiri without failed. Aku perlu kuat semangat dan positif. Biasalah aku, akan meminta doktor menangguhkan pembedahan, aku masih berharap agar sesuatu yang ajaib berlaku dengan kehendak Allah. Aku yakin dengan kuasanya cuma aku perlu berikhtiar, jangan berputus asa menjalani rawatan.

Ya Allah kau berikanku ganjaran seperti mana kau berikan kepada rakan-rakanku  yang menghadiri kelas fardhu ain pada hari ini ya Allah. Allah tidak mengizinkan aku meghadiri majlis ilmu pada hari yang penuh barakah. Terasa amat rugi, tapi aku percaya ada hikmah di sebaliknya. Bersangka Baik!!!
Aku sampai di rumah hampir pukul 2 petang. Rupa-rupanya Allah mahu aku bertemu dengan abangku. Abangku datang menemaniku makan tengahari walaupun makan tengahari kami sudah masuk pukul 3.30 petang. Ketika menyediakan makanan dan makan bersama aku teringat seseorang. Dulu kami pun selalu makan bersama.Itu dulu tapi bukan sekarang!!!
Tiba-tiba aku teringatkan lagu ini...Ketulusan hati lagu yang penuh bermakna dalam hidup aku....



Sedihku sakitku ku terima

Ku rela ku pasrah jalanku
Ini suratan aku dicoba
Demi rahmat-Mu ku memohon

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Yaa Allah ridhoi ketulusan hati
Yaa Allah beri aku ketabahan
Yaa Allah aku sanggup berkorban
Demi rahmat-Mu Yaa Allah

Khamis, 22 Mei 2014

Transformasi Diri Kerana Aku MenyintaiNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah Allah memberikan aku kesempatan untuk menikmati hari-hari mendatang. Terima kasih Allah atas limpahan kurniaan nikmatnya. Almathurat menjadi teman setiaku setiap pagi, aku menjadi lebih tenang dan positif akan kehidupan. Berusaha sedaya upaya memahami maksud-maksud zikir Rasullullah. Semoga aku akan bersama-samanya di sana dengan syafaat baginda.Amin.

Entah kenapa air mata mudah sangat bergenang. Ya Allah berikan aku kekuatan, ketabahan, keceriaan, berikan aku cinta untuk hanya menyintaiMu, Menyintai Rasullullah dan Menyintai Al-Quran.Aku mencari cintaMu, cinta yang penuh keagungan. Aku tidak mahu lagi menyintai manusia, setia pada cinta manusia kerana cinta manusia tidak pernah kekal, penuh dengan ketidakjujuran, penuh dengan penipuan, penuh dengan ketidakikhlasan, penuh dengan nafsu. Cukup sekali apa yang aku alami dipertemukan dengan insan yang salah insan yang hidupnya seperti sesumpah. Aku kecewa , hampa dengan perbuatannya terhadap aku. Namun, aku sentiasa memaafkannya, mendoakan kebahagiaanya bersama keluarga. Itu yang terbaik. Allah temukan aku pada insan yang salah, untuk aku berubah menjadi HambaNya yang lebih baik.Aku mesti positif. Aku perlu melakukan transformasi diri. Dulu aku sibuk untuk mentransformasikan dirinya, mahu menjadikannya insan yang lebih baik, berkeyakinan.Namun takdir Allah telah mengubah hidup aku, merubah persepsiku pada insan bernama lelaki.

Apa yang perlu aku fokus bukan lagi kesedihan atas perbuatan tindak tanduk dia, yang penting aku perlu melawan gangguan ini sedaya upayaku dengan zikrullah dan amalan ayat-ayat suci alquran supaya aku bebas dari serangan jin-jin yang sentiasa mahu menyesatkan manusia. Aku tahu lambat laun aku akan menang, gangguan akan hilang dengan bantuan ayat-ayat quran.Setiap kali aku menjalani rawatan, Allah menambahkan aku ilmu pengetahuan terhadap rawatan Al-Ruqyah dan rumahku sentiasa berkumandang dengan ayat-ayat suci. Inilah penemanku yang setia sentiasa bersamaku. membantuku apabila aku diserang.

Mulai hari ini, 21 Rejab malam Jumaat yang penuh barakah,aku berjanji pada diriku, aku perlu berubah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Aku perlu delete Segala Fail-Fail aku ketika bersamanya. Aku tidak mahu lagi mengingati fail-fail negatif yang telah bersarang di dalam CPU mindaku. Cukup 13 tahun aku bersamanya. Ya Allah kau kurniakanlah aku kekuatan, aku mahu berubah menjadi HambaMu yang lebih baik. Aku tidak mahu aku yang dulu. Aku yang dulu sentiasa bersangka baik padanya kerana sikap itulah telah memusnahkan kerjaya dan kehidupan masa depan. Ya Allah ampunkannya Ya Allah, aku maafkannya Ya Allah, Aku tidak mahu kehidupannya susah di sana Ya Allah. 

Transformasi Yang aku perlu buat  mulai saat ini:-
1.Lakukan perubahan sikap
2.Delete kenangan aku dengannya
3.Masukkan Fail positif
4.Buat baik, lebih baik dari dulu
5.Self talk yang lebih positif
6.Sentiasa Ikhlas
7.Sentiasa Bersyukur
8.Sentiasa berzikir
9.Perbanyakkan Berselawat
10.Perbanyakkan Bacaan Al-Quran 

Insya-Allah, aku mampu mengatasinya dengan jayanya. Aku yakin dan percaya jika ada kesungguhan dalam diri untuk berubah Allah akan sentiasa membantu aku dan melorongkan aku untuk ke arah kebaikan. Aku mahu menggunakan minda di bawah sedarku, aku mahu memaksimumkan kuasa inuitif yang ada dalam diriku supaya kali ini setiap keputusanku tepat dan mendapat keredhaanNya. Aku tidak mahu menggunakan kuasa 5 pacainderaku lagi kerana pengalaman telah mengajarku bahawa apa yang kita nampak, apa yang kita rasa,apa yang kita dengar belum tentu ada kebenarannya. Cukup 11 tahun aku tertipu akibat terlalu percaya pada 5 pacainderaku untuk membuat keputusan. 

Petang tadi, berakah kedatangan permulaan hari Jumaat, aku mendapat rezeki kurniaan Allah. Aku dipertemukan dengan seorang HambaNYa yang hatinya penuh keihklasan kejujuran mendidik manusia ke arah kebaikan. Aku  mendapat hadiah ini...hadiah yang telah menyentuh mata hatiku...



Rabu, 21 Mei 2014

Kuatkan Semangat dan Tekadku Untuk Terus Berubah

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku "rezeki ". Rezeki pada hari ini, aku sihat, aku kembali bertugas setelah berehat di rumah. Aku agak down pada permulaan pagi, entah kenapa air mata aku mudah betul mengalir. Namun takdir pagi yang mulia ini, Allah mengurniakan aku rezeki yang tidak disangka-sangka. Aku bertemu dengan seorang speaker yang telah menaikkan semangat aku pada mulanya down. Speaker Mejar Dr. Shuhaimi B. Shahidan (B), terima kasih Allah. Alhamdulillah. Kata-katanya memberikan aku semangat untuk terus berjuang melawan penyakit dengan minda yang positif. Aku berjanji pada diri aku mulai hari ini aku mesti positif dengan kehidupan, sentiasa memaafkan sesiapa yang telah menganiayai kehidupan aku. Siapa aku untuk tidak memaafkan kesalahannya, aku pernah menyayanginya kerana Allah. Namun takdir Allah telah mengubah kehidupan aku. Ya Allah, kau ampunkan kesalahanku, kesalahan ibu bapaku, keluargaku dan semua kesalahan mereka yang telah menganiayai aku ya Allah.


Hari ini aku mempelajari ilmu yang amat berguna untuk aku, Allah Maha Mengetahui apa yang aku perlukan di saat-saat aku melawan kesakitan. Mengenal diri secara holistik melalui kumpulan darah itu yang aku pelajari daripada Mejar Dr.Shuhaimi. Alhamdulillah, aku belajar tentang pemakanan untuk mencegah kanser.Sistem badan aku memang sudah bercelaru,dan potensi untuk mendapat penyakit kronik tersebut ada. Aku sedar aku redha namun aku perlu berusaha untuk mencegahnya. 



Aku nak menjadi aku  yang dulu. Yang ceria, yang bersih hatinya tanpa ada dendam, yang positif dengan cabaran dan rintangan, sabar. Aku rindukan aku yang dulu. Aku nak menjadi aku yang dulu  ketika zaman remajaku, zaman aku bergelar pelajar. Aku akan tersenyum walaupun dimaki, dicerca, diam apabila dimarahi. Dulu aku ingat Cikgu Matematik aku suka memarahiku di dalam kelas walaupun aku tidah buat salah.Rupa-rupanya dia suka marah aku kerana gemar melihat aku tersenyum bila aku dimarahi. Tidak pernah ada dendam pada mereka yang pernah membuat aku kesedihan. Namun 13 tahun kebelakangan ini aku hilang semua sifat-sifat tersebut. Kemana perginga, hilangnya sifat-sifat Mahmudah dalam diriku. Mengapa sifat-sifat Mazmumah sering menjadi temanku. "Gangguan" menjadikan aku begitu. Aku berazam melawan gangguan yang menyerangku dengan kalimah-kalimah Allah, zikrullah "senjata" yang Allah kurniakan kepada setiap umatNya.Semoga Allah Taala menggembalikan semula sifat-sifat mahmudah dalam diriku dan menghapuskan semua sifat-sifat Mazmumah yang telah bersarang di dalam diriku. Ya Allah bantulah aku, janganlah sekalipun kau meninggalkan aku dari pandanganMu walaupun sekelip mata kerana hanya padaMu aku bergantung.


Selasa, 20 Mei 2014

Redha & Ketabahan Yang Aku Perlukan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Bacaan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang & zikrullah memberikan ketenangan, mengurangkan kesakitan. Ya Allah berikan aku kekuatan melawan segala gangguan yang menyerang. Jika ini dapat menghapuskan dosa-dosaku, aku redha. Kau berikan aku kekuatan, ketabahan, berikan aku pedoman. Hanya padaMu aku berserah dan bermohon. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan segala-galanya. Yang aku perlu lakukan " REDHA" dan Bersangka Baik PadaNya.

Ya Allah, kau redakanlah kesakitan yang aku tanggung ini Ya Allah!!




Ahad, 18 Mei 2014

Terima Kasih Allah!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah, bersyukur kepada Ilahi memberi aku kekuatan untuk berjuang meneruskan kehidupan. Bertahan selagi mampu. Terima kasih Allah kerana memberikan aku rezeki " bertemu dengan insan-insan yang mendekatkan aku kepadaMu. Syukur alhamdulillah.

"Masa semakin suntuk hari makin hampir". Ya Allah, kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu Insan yang menghantar message padaku tadi. Jika masih ada harapan untuknya meneruskan kehidupan menjadi hambaMU yang taat kau berikanlah kesembuhan padanya.Amin.