Sabtu, 22 November 2014

All Is Well

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Badan lemah, namunku gagahi untuk update blog ini. Pagi tadi rutinku menjalani  rawatan ke Darusyifa. Lenganku rasa lemah ketika menjalani rawatan. Muntah, tekak rasa bahang,lemah dan rasa terlalu penat seperti baru lepas berlari. Masih ada kaca-kaca halus dan miang ketika menjalani rawatan tepuk.Badan lemah....

Mata mengantuk bila mendengar bacaan alruqyah. Aku redha dengan apa yang berlaku.

Ya Allah jangan kau berikan aku ujian yang tidak mampu aku tempuhinya.

All is well. Dalam dunia seseorang, apa yang berlaku datangnya dari Allah. Itu yang terbaik untuk kita. Beberapa hari ini banyak ujian Allah telah berlaku dalam diriku. Aku perlu bertanya kepada diriku :-
  • Apakah kesabaran yang aku perlu dalam menghadapi situasi ini
  • Apakah pelajaran perlu aku pelajari daripada situasi ini
  • Apakah cara bagi aku mendekatkan diri lebih dekat dengan Allah dalam situasi ini

Muhasabah diri :
Apakah yang aku dapat pada hari ini gambaran kesedaran ketuhanan aku pada Allah...adakah kebergantungan aku hanya Allah...

Skrip kehidupan aku pada hari ini:
berkasih sayang, senyum, memberi salam 

Rabu, 19 November 2014

Memujuk Hati Yang Kesedihan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Muhasabah diri :-

Jangan bersedih kerana kita masih:

memiliki doa untuk dipanjatkan kepada Allah..
memiliki mak dan abah..
diberi peluang oleh Allah meneruskan kehidupan...
berkesempatan memperbaiki kelemahan diri...
dilahirkan sebagai seorang Muslim yang wajib beriman kepada Allah, para rasulNya, malaikatNya, Kitab-kitabNya, hari Qiamat dan Qada' serta Qadar yang baik dan yang buruk...

Teman Sejati Yang Ku Cari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Hari ini aku hanya menyalin semula apa yang aku baca pada hari ini, tak ada mood untuk mengulas...

Al-Jahizh menasihatkan supaya sentiasa membaca dan mengkaji agar dapat mengusir kesedihan. Katanya : Buku adalah teman sejati yang tidak akan memujimu dengan berlebihan, sahabat yang tidak akan menipumu dan teman yang tidak membuatmu bosan. Dia adalah teman yang sangat toleran dan tidak akan mengusirmu, dia adalah tetangga yang tidak akan menyakitimu, dan dia adalah teman yang tidak akan memaksamu mengeluarkan apa yang anda miliki. Dia tidak akan memperlakukanmu dengan tipu daya, tidak akan menipumu dengan kemunafikan dan tidak akan membuat kebohongan.

Sumber : La Tahzan, Dr. Adh Bin Abdullah Al-Qarni

Isnin, 17 November 2014

Tatarakyat!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Tatarakyat a.k.a kesedaran sivik. Bukan tak nampak ada insan yang lebih memerlukan tempat duduk, bukan tak nampak orang di depan mata berdiri dalam kaki berbalut, bukan tak nampak ada perempuan mengandung,bukan tak nampak ada nenek dan datuk yang tidak berdaya...tapi mengapa masih duduk bersahaja tanpa ada rasa bersalah atau malu. Tiada kesedaran sivik? Jika diperhatikan usia, tatarakyat masih dalam silibus pendidikannya dahulu. Manusia, Manusia, Manusia yang matanya celik tapi bukan pada mata hatinya. Semoga Allah berikan kesedaran kepada golongan ini..

Get Connected!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Aku cuba menafsirkan maksud ini mengikut mata hatiku. Get Connected !!!

Get Connected : Aku mencari insan yang boleh bersama-sama denganku untuk memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Get Connected: Siapa yang perlu aku bantu? Siapa aku perlu cari untuk menyalurkan sumbangan tenaga, idea mahu pun wang ringgit yang tidak seberapa...

Tiba-tiba aku merindui all the special blinds.. alfatihah kepada arwah kak Rai yang telah kembali ke rahmatullah. Allah berikan aku peluang bersama dengannya ketika kursus penampilan diri bagi OKU penglihatan. Aku sebilik dengannya. Terbayang wajah arwah yang sentiasa dalam senyuman menunggu aku dengah sabar di depan bilik hotel. Minta maaf kak Rai, saya uruskan peserta yang lain hantar mereka ke bilik. Arwah tersenyum tanpa rasa mengeluh menunggu aku yang seringkali lewat balik ke bilik. Tugasan aku tidak membenarkan ....Alfatihah...semoga arwah berada di sisi kekasih Allah...

Ahad, 16 November 2014

Sayu!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Orang yang bijaksana adalah orang yang menghitung ke dalam dirinya. Tiba-tiba hati menjadi sayu!!!

Apakah yang menyebabkan kamu menangis ya rasulullah??? Jawab baginda : "Akan ada orang yang lahir lama selepas kewafatanku, mereka sangat cinta dan merinduiku.. Walaupun mereka tidak pernah mendampingiku...Sesungguhnya aku merindui mereka..Ya Allah kau terbitkan perasaan rindu ini dalam diriku, ibu bapaku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, mereka yang membuat kebaikan kepadaku serta kaum muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat terhadap baginda nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda. Amin.

Masyallah betapa kasihnya baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Kita sebagai umatnya berapa kerap kita berselawat mengingatinya. Muhasabah diri bagi diriku dan semua umat baginda s.a.w Sudahkan kita berselawat pada hari ini mengingati baginda Nabi Muhammad s.a.w. 

Manusia itu akan bersama dengan orang yang dia cintai. Hanya yang kita perlukan berselawat kepada junjungan  Nabi Muhammad s.a.w  dengan penuh keikhlasan agar kita dapat bersama dengan baginda di perkampungan akhirat insha allah.

Marilah kita mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w kerana janji Nabi s.a.w. orang yang paling aku sayang duduk denganku ialah orang yang mulia akhlaknya. Boleh memaafkan orang seperti akhlak nabi yang sentiasa memaafkan musuh-musuh baginda tanpa ada sekelumit dendam. Walaupun orang membaling batu kepada baginda, dicerca, tiada hari yang Abu Jahal tidak menyakiti Nabi s.a.w namun nabi s.a.w tetap memaafkan mereka. Marilah kita menanamkan azam, berakhlak mulia seperti akhlak mulia rasulullah dengan mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita. Kita perlu memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh rasullulah s.a.w. Baginda  s.a.w tidak pernah mendapat kerehatan untuk memperjuangkan agama Allah.

Marilah kita bertanya kepada  diri kita bagaimana kita mahu menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita di Sana? Ikuti apa yang Nabi s.a.w tinggalkan tetapi pernahkah kita fikirkan bagaimana keadaan Nabi s.a.w pada  ketika kehidupan baginda.  Lantunkan mahabah dan kasih sayang kita kepada Nabi muhammad s.a.w supaya kita mendapat syafaat dan kasih sayang daripada baginda di Sana. Kerinduan kita menjadi kerinduan Rasulullah dan mimpi bertemu baginda sebagai pengubatnya. Insha allah.

Skrip kehidupanku pada hari ini :

Menyintai Allah dan Rasullah melebihi segala-galanya. 

Wasiat Rasulullah : Hati Yang Kosong Dari Al-Quran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Cuba memahami hadis ini sebagai muhasabah diri :

Rasulullah SAW bersabda:

"Seseorang yang tidak ada sebahagian pun Al-Quran di dalam hatinya adalah seumpama rumah yang  yang telah ditinggalkan kosong." - (HR. Al-Hakim)

Di manakah aku????

Usaha + Doa(Istikharah) +Tawakal = Berjaya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Siapa yang layak membimbing kita? Dialah Allah! Allah Pencipta kita Yang Maha Agung. Allah Maha Berkuasa. Allah Yang Mengatur hidup kita sebagai hambaNya. Mengapa kita tidak merujuk kepada Pencipta Yang Maha Esa?

Manusia perlukan pandangan dan istikharah. Mintalah pandangan daripada mereka yang berilmu yang berpengalaman. Jika kita mahu  berniaga mintalah pandangan kepada ahli perniagaan. Jika kita mahu bercucuk tanam, para petani sebagai rujukan. Pasti saat - saat kegetiran, suka duka, pahit manis akan dijadikan persediaan dan panduan. Jati diri yang tinggi, jiwa semangat kental dan tidak pernah putus asa itulah kunci utama kepada mereka yang telah berjaya. Never Say Die menjadi pegangan. Mereka berjaya kerana usaha dan kekuatan dalaman tanpa ada doa daripada Allah. Siapakah mereka? Rata-rata mereka yang berjaya bukan seagama dengan kita.

Justeru itu, kita sebagai mukmin mempunyai kelebihan berdoa berbanding dengan mereka. Gunakanlah kelebihan Doa senjata yang ada ini untuk melakukan segala tindakan. Berdoa dan beristikharah kepadaNya. Kecewalah bagi mereka yang tidak beristikharah.

Bagi mereka yang bermusafir, rebutlah peluang berdoa sepanjang berkelana. Ketahuilah doa-doa orang bermusafir antara doa yang mustajab dan diterima Allah. Dengan lafaz Bismillahi tawakaltu Allah memulakan langkah. Ayuh, berdoa meminta kepadaNYa.

Best Of Luck To My Big Bro!!! Wherever You Go & Whatever You Do Your Sis Will Doa For You. Thank You For Being My Punchbox. May Allah bless U..Amin!!!.

Memaknakan Kehidupan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Tiba-tiba aku malas untuk menulis. Aku cuma mengambil petikan hasil tulisan Dato Dr.Mohd Fadzillah Kamsah untuk muhasabah diri kita semua.

Pahala - Piala
  • Hidup yang bermakna akan sentiasa mencari pahala dan tidak sibuk mencari piala. Pahala akan membela kita, piala sering membawa bala.
Senyum
  • Mengikut kajian psikologi, senyum terpaksa atau yang tidak ikhlas pun akan membawa kesan positif kepada emosi, pemikiran dan kesihatan fizikal. Jadi, apa tunggu lagi? Senyumlah kepada orang yang berada di sebelah. Ikhlaskan senyuman agar mendapat pahala dan kesan yang maksimum
Diam-Cakap
  • Jika tidak ada perkara baik yang ingin dinyatakan, lebih baik kita diam. Malangnya ramai yang sering gagal mengawal lidah daripada menyatakan perkara yang sia-sia. Mari sama-sama berdoa dan berusaha agar segala percakapan diri hanya perkara baik-baik sahaja dan tidak terlibat dengan perkara yang Allah benci dan orang sakit hati.
Aset
  • Allah jadikan kita dengan berbekalkan berbagai-bagai aset dan sifat positif agar kita mendapat menempuhi kehidupan dengan cemerlang dan mendapat keredhaan Allah. Malangnya ramai yang gagal mengenal pasti aset dan sumber yang ada pada diri. Semoga Allah limpahi kita dengan hidayah dan berjaya menyerlahkan kehebatan yang dibekalkan Allah.

Sumber : Majalah Solusi - Ruangan Cerdik Baik Kaya Hati Dan Budi (DMFK)

Sabtu, 15 November 2014

JAZAKALLAHU KHAIRA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Rasulullah berpesan: "Sesiapa yang mendatangkan kebaikan untuk kamu maka balaslah dia dengan semisal. Jika kamu tiada apa-apa untuk dibalas, maka berdoalah untuknya." (Riwayat al-Tabarani)

Pesan Nabi lagi: "Sesiapa yang dibuat sesuatu kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan : Jazakallahu Khaira.Maka dia telah cukup membalasnya."(Riwayat al-Tirmizi)

Maksudnya: semoga Allah membalasmu dengan kebaikan."

sumber Majalah Solusi (Panduan HidupBersyariat) Isu 68 -n Ezy Dkwah

Masalah...Musibah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Kadangkala masalah dan musibah itu adalah sehabat yang terbaik untuk kita. Masalah dan musibah memberikan takrifan yang sama.Apa yang membezakannya ialah bagaimana kita menanganinya.

Jadilah individu yang bijak memandang setiap masalah/musibah yang menimpa sebagai ujian daripada Allah yang Maha Esa. Allah datangkan kita dengan masalah untuk kita berubah. Mereka yang selalu didatangi masalah adalah orang yang disayangi Allah. Bukan senang nak senang dan begitu juga bukan senang nak menjadi ahli syurga Allah jika kita tidak duji dengan pelbagai musibah. Siapakah kita untuk menolak musibah yang datang, sedangkan Nabi Muhammad s.a.w yang maksum Allah jamin sebagai ahli syurga itu pun terpaksa menghadapi pelbagai musibah dan rintangan dalam menyebarkan agama Allah. 

Semoga setiap permasalahan dan musibah yang menimpa kita diterima dengan REDHA. Masalah/Musibah menguatkan kita sebenarnya. Pada hakikatnya setiap masalah/musibah yang Allah turunkan pasti ada hikmah di sebaliknya. Kadangkala kita rasa perkara tu terbaik untuk kita, tapi pada pandangan Allah seballikya. Ada ketikanya kita rasa perkara itu tidak baik untuk kita, tetapi pada pandangan Allah itulah yang terbaik untuk hambanya. 

Siapa kita untuk mempersoalkannya. Dialah pencipta kita, Dialah yang mengatur perjalanan hidup kita. Allah mempunyai diari untuk kita.Sebagai hambaNya yang kerdil, terima segalaNya dengan REDHA. Ya, Allah jangan kiranya Kau abaikan kami daripada pandanganMu walaupun sekelip mata Ya Allah. 

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannnya. Mereka berdoa Ya Tuhan kami, janganlah kau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah kau bebankan kami beban yang berat sebagaimana kau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah maaf kepada kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolongilah kami terhadap kaum yang kafir- (Albaqarah 286)

Itu yang aku perolehi daripada setiap ujian musibah yang kuterima. Aku berada di sini kerana musibah daripadaNya..Terima kasih Allah...

Hijrah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Hari ini 22 Muharam...
22 hari telah berlalu setelah aku menanamkan semangat untuk berhijrah. Aku cuba bermuhasabah diri sejenak..cuba mencari kekurangan dan kelemahan diri pada hari ini. Banyaknya kelemahan aku yang perlu aku perbaiki.

Aku tidak mahu berjanji tetapi aku berusaha untuk melakukannya sedikit demi sedikit.. Yang penting Istiqamah itulah sebaiknya. Teringat kata-kata sahabatku yang budiman orangnya. Kesibukan kerja menyebabkan kami jarang berhubung cuma doa yang mampu ku titipkan buatnya.   

Aku cuba menakrifkan maksud Hijrah  mengikut pemahamanku. Apa yang aku tahu hijrah boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama Hijrah fizikal (keadaan badaniah). Betul ke apa aku tulis nie Cik Sharah Abdullah? Paling mudah mengikut pemahaman aku, Hijrah fizikal lebih kepada berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Hijrah yang ke dua pada pemahaman aku lebih menjurus kepada Hijrah Rohani. Hijrah Kejiwaan. Jika ditafsirkan dari mata hatiku, Hijrah ini lebih relevan kepada kita " Sebelum ini kita jauh daripada Rahmat Allah, Kita berhijrah menjadi semakin dekat kepada Rahmat Allah."

Sebagai umat baginda Nabi Muhammad s.a.w kita tetap berpeluang melakukan hijrah.Baginda menyatakan dlm hadis "Mereka yang berhijrah meninggalkan perkara yang ditegah kepada perkara kebaikan...meninggalkan perkara-perkara kesalahan dan perkara dosa..inilah Hijrah yang kita perlu praktikkan.

Yang lebih utama kita sebagai mukmin perlulah melakukan hijrah bersifat maknawi  "berhirah menuju kepada ketaatan. Jika kita selama ini jauh daripada Allah, maka kita melakukan penghijrahan dengan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Jika kurang ilmu tibalah masanya kita berhijrah mencari ilmu. Jika sebelum ini sifat akhlak tidak baik maka berpindahlah menjadi mukmin yang lebih hebat.

Mereka yang yang melakukan penghijrahan maknawi inilah yang layak  memohon rahmat kasih sayang Allah. Bila mana kita berhjrah ke jalan Allah, kita berhak mendapat kasih sayang dariNya. Semoga penghijrahan ini diterima oleh Allah, Marilah kita bersama-sama melakukan penghijrahan menjadi mukmin yang lebih baik. Insha Allah.

Rawatan...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Ustaz A----. Aku kerap bertukar-tukar perawat. Makin kurus tegur ustaz ringkas. Aku tersenyum seakan membenarkan teguran tersebut. Perjalanan ke Darusyifa menyebabkan aku sakit kepala. Itulah tindakbalas yang sering aku alami jika mahu membuat rawatan. Masuk sahaja ke perkarangan Darusyifa kedengaran bacaan ayat-ayat suci al-quran. Tangan kananku tiba-tiba lemah. Dah buat rawatan tepuk? Aku tersengih-sengih bermaksud tak buatla tu. Aku batuk-batuk dan muntah ketika rawatan. Itu tandanya bisa dalam badanku masih ada. Aku memberitahu ustaz pijar badan masih ada. Ustaz diam tanpa memberi sebarang komen.

Lepas rawatan aku terus pulang ke rumah. Seperti selalu ada rasa tindakbalas, aku rasa lemah. Ku gagahi juga untuk masak untuk hidangan tengahari ku yang serba ringkas. Spagetti,Garlic Bread & Mushroom Soup. Sudah lama aku teringin nak makan, baru hari ini dengan izinNya aku gagahi untuk menyediakannya, bukan untuk orang lain tapi untuk diriku sendiri.

Bosan, aku cuba membaca lalu tertidur. Aku tersedar dalam keadaan buku dan majalah di sebelah aku entah ke mana..apa yang aku baca tadi pun aku tak ingat....Running Man...itulah yang aku lakukan bila bosan...tergelak sorang-sorang melihat telatah mereka...ada permainan mereka yang mengingatkan aku ketika zaman kanak-kanak..main nyorok-nyorok...Jung Kook Si Gagah yang sukar untuk ditewas..Kwang So Si Zirafah paling lemah seringkali tewas dalam permainan. Hari ini lahir adikku Rizal yang ke-38. Happy Birthday Ijal, kak Yeos doakan Ijal sentiasa dilindungi dan mendapat Rahmah Allah. Amin. Aku terlupa semalam hari lahir Aisya yang ke-7. My fav. soldadu. Mokde doakan Aisya menjadi anak yang solehah. Amin.

Badanku tiba-tiba pijar. Aku cuba kuatkan semangat...Malas nak fikir...

Jumaat, 14 November 2014

Jadilah Isteri Yang Menyenangkan Suami

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Malam ini kutuliskan catatan buat renungan khas "seksitarimenari" ku..Akak tahu kamu isteri yang solehah ..Tapi demi persahabatan kita akak nak bagi tips buat "mu" supaya menjadi lebih solehah...heheheh.

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan tertanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil. Tergopoh-gapah aku masuk ke rumah menemui Khadijah, sambil berkata:"Selimutkan aku, selimutkan aku." Akhirnya rasa takutku beransur hilang."Aku ceritakan semuanya yang aku alami kepada Khadijah. Lalu dengan penuh rasa percaya dan mesra dia berkata: "Bergembiralah wahai sayangku! Demi Allah, Dia tidak akan menghinakanmu sedikitpun. Demi Allah sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sentiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bercakap benar, menunaikan amanah, tabah dalam menanggung musibah, suka menerima tamu, dan sedang menolong orang yang ditimpa bencana." - (HR. Thabarani)

"Ketakutan" "Penenang" "Menjadi pendengar setia" "Membenarkan" "Bijaksana" "Percaya akan kebolehan suami" "Memahami dan mengetahui sifat suami"  itulah yang aku dapat daripada hadis ini. Aku cuba untuk menghuraikan mengikut pemahaman aku. 

Para isteri yang solehah (termasuk seksatarimenariku):-
  • Jadilah isteri yang menenangkan ketika suami dalam ketakutan dan keresahan seperti Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan hati Rasulullah."Selimutkan aku, selimutkan aku." Akhirnya rasa takutku beransur hilang."
  • Jadilah pendengar setia kepada suami tanpa rasa jemu kerana kita ialah isteri dan sahabatnya yang paling rapat dan dipercayainya. Contohilah Saidatina Khadijah yang tidak pernah jemu mendengar segala luahan perasaan daripada Rasullullah."Aku ceritakan semuanya yang aku alami kepada Khadijah."
  • Ringankanlah bebanan suami kalian sepertimana Saidatina Khadijah yang meringankan bebanan perasaan Rasulullah ketika menerima wahyu daripada Jibrail. "Pada waktu itu aku duduk bersimpuh, seluruh sendi kakiku terasa seperti akan tertanggal. Aku berjalan merangkak, sedangkan seluruh tubuhku menggigil. Tergopoh-gapah aku masuk ke rumah menemui Khadijah."
  • Luahkan kata-kata semangat kepada suami ketika semangat dan keyakinan diri mereka semakin luntur seperti Saidatina Khadijah yang meniupkan kata-kata semangat kepada Rasulullah dengan penuh kasih sayang memberikan ketenangan kepada Rasulullah yang dalam ketakutan.
  • Jadilah isteri yang bijaksana bukan bermaksud mempunyai degree atau master mahupun PHD yang dibanggakan. Ikutilah Saidatina Khadijah seorang wanita Quraisy yang diketahui wanita bijaksana sentiasa memberi sokongan padu kepada Rasulullah suami tercinta. 
  • Percayailah kelebihan dan kekuatan suami anda seperti Saidatina Khadijah orang pertama mempercayai Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Ketika baginda dalam ketakutan menerima utusan daripada Jibrail, Khadijah menggembirakan suaminya, Nabi Muhammad s.a.w "Bergembiralah wahai sayangku! Dia tidak akan menghinakanmu sedikitpun." Jika dihayati daripada kata-kata tersebut, sebagai seorang isteri kita sepatutnya menjadikan Khadijah sebagai idola supaya kita lebih terarah menjadi isteri solehah sentiasa menjadi pendukung dan tulang belakang kepada suami walau apapun situasi yang dialami oleh suami.
  • Jadilah isteri seperti Saidatina Khadijah yang sudah menempuh perjalanan kehidupan sebagai isteri senang dan susah bersama suami dengan perasaan gembira dan percaya.Mengenali hati budi suami seperti Saidatina Khadijah yang benar-benar mengenali sifat-sifat terpuji Rasulullah. "Demi Allah sesungguhnya dirimu aku perhatikan, sentiasa memelihara hubungan baik dengan keluarga, bercakap benar, menunaikan amanah, tabah dalam menanggung musibah, suka menerima tamu, dan sedang menolong orang yang ditimpa bencana."
Keikhlasan limpahan kasih dan cinta Khadijah memberikan kesan yang hebat kepada Rasullullah. Rasulullah tidak pernah meninggalkan Saidatina Khadijah ketika Khadijah sakit. Rasullulah berdukacita apabila Saidatina Khadijah meninggal dunia. Cinta dan kasihnya Rasulullah terhadap Khadijah begitu mendalam hingga baginda tidak dapat melupakan curahan kasih sayang isteri tercinta, "Saidatina Khadijah" sehingga saat baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Begitu kasihnya Rasulullah kepada isteri baginda, Saidatina Khadijah.

Ya Allah,jika aku diberi kesempatan olehMu, bila tiba masanya dengan izinmu jadikan aku seorang isteri seperti Saidatina Khadijah isteri terhebat yang paling dikasihi oleh Rasulullah. Jika tiada keizinanMu, aku redha ya Allah dengan apa yang kau kurniakan padaku.Amin.

Khamis, 13 November 2014

Orang Kaya Yang Bijak/Cerdik VS Orang Kaya Yang Kurang Cerdik

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Yang Manakah pilihahan kita? Marilah kita merenung sejenak dengan pandangan mata hati. Semoga kita masih berpeluang membetulkan kesilapan diri dalam menguruskan nikmat harta & wang ringgit kurniaan Ilahi. 

Orang kaya yang Bijak/Cerdik akan selamat di dunia dan akhirat. Mereka tidak tamak dengan harta yang dimilikinya.Mereka sedar harta yang dimiliki adalah ujian daripada Allah. Allah sedang menguji mereka.Mata hati akan berkata bagaimanakah harta itu akan kuuruskannya.Kepada siapakah aku perlu membelanjakan harta-harta itu. Orang kaya yang Bijak/Cerdik akan melihat harta kekayaan dengan pandangan mata hati bukan memandang harta yang diperolehinya dengan pacaindera mata yang hanya menipu dan seringkali berbohong. Allah mengurniakan kita 5 pancaindera yang seringkali menipu malah boleh membinasakan kita jika hati kita tidak diisi dengan ketakwaan.

Orang Kaya Yang Bijak/Cerdik Mata Hatinya Terang akan memastikan harta kekayaan yang dimilikinya dimanfaatkan ketika di dunia dan akhirat. Harta kekayaan yang dimiliki diinfakkan ke jalan Allah.Mereka tahu duit, saham, harta yang yang banyak tersimpan bukan adalah harta mereka sebaliknya sedekah,wakaf dan amal jariah itulah harta yang sebenarnya yang tiada nilainya di sisi Allah. Harta itulah yang merupakan harta yang mutlak di akhirat kelak yang akan menolong kita di sana. Belanjakanlah harta yang dimiliki ke jalan Allah dengan mewakafkan alquran dan tunai di samping membantu keluarga terdekat/jiran tetangga/sahabat/anak-anak yatim/pelajar tahfiz malah sesiapa yang memerlukan. Semoga apa yang dibelanjakan akan menolongnya di sana di akhirat kelak. 

Orang Kaya Yang Kurang Cerdik terlalu sayang untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah. Amat gusar akan kekurangan harta yang dimilikinya. Harta yang tersimpan bertimbun-timbun bukan menjadi hartanya lagi apabila dia mati. Orang Kaya Yang Kurang Cerdik tidak menyedari akan harta yang bertimbun bagaikan gunung itu bukan menjadi miliknya lagi pada satu hari nanti. Harta yang menggunung menjadi milik bekas suami/isteri yang akan membelanjakannya dengan pasangan baharu. Paling menyedihkan lagi, harta menjadi rebutan anak-anak dan adik beradik. Mereka membelanjakan sesuka hati untuk kepentingan duniawi sedangkan Orang Kaya Yang Kurang Cerdik itu menjadi miskin di perkampungan akhirat kelak.

Renung-renungkanlah...Muhasabah diri dengan Nikmat Harta Yang Diperolehi.Di manakah pilihan kita?

Rabu, 12 November 2014

Jaga Hati Jaga Pertuturan..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Pertuturan yang sopan merupakan perbuatan yang mulia dan memandang mulia kepada orang lain juga amalan yang mulia bagi setiap hambaNya.Namun ada yang tidak menjaga pertuturan dengan mudahnya memandang negatif kepada orang lain. Tanpa memikirkan kata-katanya itu membuat orang lain tersinggung, rasa terhina. Begitu mudah menghukum seseorang tanpa mengenali individu yang baharu dikenali. Itulah hati manusia.

Aku mengenali ramai jenis manusia di laman sosial. Ada yang hatinya bersih namun ada juga yang hati sebaliknya. Hati yang bersih mengajak kita ke arah kebaikan, memandang kita hamba Allah sama seperti diri mereka. Sedih, ada manusia yang menganggap dirinya hebat sering bersangka buruk memandang kita lebih rendah martabat daripada dirinya.

Maaf, mudah untuk diucap, tetapi setiap patah perkataan yang diucap tetap dalam ingatan si pendengar. Kalau betul tanggapan itu, mungkin memberikan kesedaran kepada pendengarnya. Namun, jika tanggapan itu tidak benar, maka ingatlah wahai si penutur kata "dia ada hati dan perasaan." Bagaimana jika dia tidak melakukannya?    

Aku belajar sesuatu malam tadi daripada seseorang. Hati yang bersih menjadi pelindung kepada jejari tangan daripada menyakiti hati orang lain. Aku maafkannya semoga Allah merahmatinya.

Muhasabah diri : Hati manusia yang bersih sentiasa bersangka baik kepada orang di sekilingnya sebaliknya hati yang kotor selalu bersangka buruk kepada orang di sekelilingnya. Di manakah hati aku pada hari ini?

Skrip kehidupan ku pada hari ini :
Maafkan semua orang, mendoakan semua orang mendapat rahmat Allah. 

Pilih Keputusan Tepat, Jangan Menyesal Kemudian Hari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
"Jangan bersangka buruk kepada Allah.  Jika Allah yang menguruskan urusan kita, serahkan kepada Allah. Ingat!!!

Apa orang sangka buruk, Allah akan berikan kebaikan kepadanya. Apa yang orang sangka rugi, Allah akan berikan kejayaan mengikut jalanNya. Apa yang orang sangka tewas,orang akan diberikan kemenangan dengan jalan yang tidak disangka-sangka.

Ya Begitulah pesan Imam Al-Ghazali. Kata beliau, andai kita mahu menjadi orang yang hebat, janganlah lakukan sesuatu perkara yang menjadikan kita menyesal di kemudian hari.

Hari ini, setelah melalui pelbagai derita dan ujian ada di antara kita yang berada di dalam kesenangan dan kemewahan. Malah , ujian yang dilalui sebelum ini juga selayaknya membawa kita berada di puncak dalam pelbagai bidang. Ada yang berada di kemuncak di bidang pekerjaan, kebahagiaan keluarga, pelajaran, kerjaya dan sebagainya.

Maka setelah berada di kedudukan tertinggi jangan lupa sesekali menjenguk ke bawah. Lihatlah, berapa ramai apabila berada di kemuncak kehidupan yang bahagia, berakhir dengan penyesalan apabila tersilap memilih jalan yang dilalui.

Akibat yang terpaksa ditanggung bukan sahaja mendatangkan kesan buruk, bahkan ada yang menyebabkan kerugian besar. Inilah yang disebut sebagai penyesalan.Sungguh, ia benar-benar tidak wajar untuk kita lakukan kesilapan seperti ini.

Justeru itu, apa sahaja tindakan kita hendaklah difikirkan baik dan buruknya.Istikharah pula, menjadi kaedah terbaik dalam membuat pilihan, waima sekecil-kecil keputusan. Ingatlah, kita hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang."

Sumber : Ustaz Kazim Elias

ISTIKHARAH Kepada ALLAH. Pilih Keputusan Tepat Supaya Tidak Menyesal

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Bagaimanakah kita meminta petunjuk kepada Allah. ISTIKHARAH itulah usaha kita. Kita pasti tidak akan menyesal di kemudian hari jika kita merujuk pada Allah beristikharah sebelum melakukan sesuatu perkara. Beristikharah kepada Allah  meminta petunjuk dariNya Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui apa  yang terbaik untuk kita. Allah Pencipta kita, Allah mempunyai diari untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. 

Kita beristikharah mudah-mudahan keputusan yang kita akan lakukan merupakan keputusan yang terbaik yang Allah telah tetapkan kepada kita. Jangan kita membuat keputusan tanpa merujuk kepada Allah. Melalui istikharah, Allah akan memandu kita ke jalan yang lurus tanpa ada penyesalan di kemudian hari.

Beristikharahlah meminta panduan dan petunjuk daripada Allah Yang Maha Esa. Kita adalah hambanya yang lemah. Kita bukan bergantung kepada orang lain atau diri sendiri tetapi kita bergantung kepada Allah secara total. Kita hamba yang lemah kita tidak tahu perjalanan hidup kita yang Allah aturkan. Kita tidak tahu bagaimanakah situasi kita pada kemudian hari atas keputusan kita. Kita pasti menyesal dengan keputusan yang diambil tanpa merujuk kepadaNya. Percayalah Allah mempunyai diari terbaik untuk kita, Allah telah mengatur hidup kita dan memilh untuk kita.Jangan abaikan Allah dalam membuat setiap keputusan. Apabila kita merujuk kepada Allah, percayalah, yakinlah bahawa  keputusan kita itu membawa kebaikan berterusan.

Allah adalah pemandu kepada setiap hambaNya. Pasti sesuatu yang ditetapkan itu merupakan diari terhebat untuk hambanya. Jika kita menguruskan sendiri adakah kita pasti apa yang kita lakukan itu sesuatu keputusan yang hebat dan tepat.







Renungan Para Suami....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Isteri Kita Amanah Kita. Dalam maksudnya. Berapa ramai yang menghayatinya? Wanita itu sifatnya lemah. Suami adalah pemimpin. Jadilah sebagai suami yang mempunyai kepimpinan dalam menguruskan rumahtangga. Para suami yang budiman, kalian perlu berusaha mencorak rumahtangga yang dibina berlandaskan prinsip dan hukum Islam. Keluarga sakinah dan mawaddah warahmah pasti menjadi milik kalian para suami yang budiman.

Bak kata ustaz Kazim "Bersabarlah melayan karenah isteri kita. Mereka nampak keras hati dan degil namun hati mereka rapuh."Kalian perlu banyak bersabar dan menasihati mereka secara berhemah, percayalah pasti mereka akan mengambil pengajaran atas nasihat yang diberikan daripada suami tersayang. Jadilah suami tauladan dapat memimpin rumahtangga. Binalah rumahtangga yang bermatlamat ke arah kebahagiaan dunia akhirat. Jangan meruntuhkan mahligai yang dibina.

Terimalah pasangan kalian seadanya. Kerana dialah teman hidup yang kalian pilih untuk melayari bahtera. Andai ada cacat cela pasangan kalian, renungilah diri sendiri. Bermuhasabah. Itu isteri yang kalian pilih dan kalian diberikan amanah untuk membimbingnya. Berapa ramai yang beristikharah cinta sebelum memilih pasangan menjadi teman hidup. Kita diberi banyak pilihan tetapi bagaimanakah kita memilih pasangan kita. Adakah kita berpandukan al-quran dan sunah dalam memilih pasangan hidup? 

Persoalan selepas berumahtangga? Mengapa tidak bahagia? Mengapa kalian memilih rupa dari akhlak dan agama? Itu pilihan kalian, pilihan hati kalian. Mengapa tak bahagia? Kita memilih jodoh mengikut kehendak kita tanpa merujuk kepada Allah. Mungkin pasangan kita itu bukan jodoh yang terbaik untuk kita, bukan pilihan jodoh terbaik Allah. Namun kerana dek cinta yang membara kita memilihnya. Allah berikan jodoh yang kita minta sedangkan ada jodoh lebih baik yang Allah sediakan untuk kita.  Kita tidak merujukNya memilih pasangan mengikut kehendak kita bukan kehendak Allah kerana kita rasa dialah yang terbaik untuk kita.Namun pada hakikatnya di mata Allah sebaliknya. Maka Allah berikan apa yang kita mahukan tapi bukan jodoh yang Allah mahukan kerana itu pilihan kita. Bukan yang terbaik untuk kita sebenarnya. Itulah nanti rumahtangga kita tidak bahagia dan bermasalah. Di mana Sakinah dan Mawaddah?

Selasa, 11 November 2014

Kuatkah AKU???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Takdir? Kuatkah aku menerima takdir dariNya..Aku hamba Allah yang lemah. Namun aku tidak selemah yang aku sangka. Berusaha menjadi hamba Allah yang kuat dalam menerima setiap musibah dan takdir daripada Allah Yang Maha Berkuasa.

Semakin kuat kita menerima takdir Allah, menerima ujian Allah, menerima segala ketentuan dariNya, tanpa kita sedar sebenarnya hati kita dan jiwa kita dididik oleh Allah untuk berasa tenang. Aku melihat segala ujian dan ketentuan Allah untuk diriku dengan pandangan mata hati untuk aku lebih berfikir dan memandangnya sebagai pandangan seorang HAMBA. Baharu ku sedar akan nikmat ujian yang Allah berikan ada hikmah di sebaliknya. Setiap takdir yang dtetapkan kepada kita, sebenarnya anugerah dari Allah. Bagaimana kita sebagai hambaNya menerima takdir itu? Aku mahu menjadi mukmin yang kuat. Walaupun pada zahirnya aku  nampak lemah, tapi aku berusaha untuk menguatkan kekuatan dalaman dan jati diriku. 

Aku mahukan jiwa yang tenang! Jiwa yang tenang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang datang.

Skrip kehidupan aku pada hari ini:-

"Aku mahu jadi mukmin yang kuat. Mukmin yang kuat paling disayangi Allah. Mukmin yang kuat adalah mereka yang menerima takdir Allah dengan hati yang lapang dan terbuka, tidak kira sama ada ia takdir yang baik ataupun sebaliknya"

Selagi Aku Ada Emak & Abah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Hari ni aku pulang ke KL setelah 3 hari Allah berikan aku kesempatan bersama Mak dan Abah. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana aku masih berpeluang menikmati saat-saat gembira bersama mereka.Semalam aku berkesempatan mendengar cerita zaman remaja abah..Aku bagaikan kanak-kanak tadika yang begitu khusyuk mendengar cikgu bercerita. Abah menceritakan kisahnya ketika menuntut di RIDA sekarang dikenali sebagai UITM.. Rasa nak pecah perutku apabila tiba-tiba abah bercerita hari terakhir dia di sana...bertukar-tukar autograf. Abah seorang yang menghargai. Aku lihat masih disimpan koleksi autograf yang sudah berusia lebih 50 tahun dalam simpanannya.. Sampai sekarang aku teringat kata-kata abah apabila kawan sekolej meluahkan perasaan pada abah pada hari terakhir. "M----, better u marry a woman who loves u..rather than u marry a woman whom u loved. Pewitttt!! Abah bercerita setiap perbualannya bersama perempuan itu kepadaku masih dalam english conversation...nak tergelak ku dengar...Aku gembira amat gembira apabila bersama abah semalam. Terima Kasih ALLAH.

Mak? Malam tadi aku bersama mak ...bukan bergossip..tapi Mak meluahkan perasaan risaunya akanku..Mak risau aku sakit..Aku cuba menyembunyikan kesakitan yg ku alami dengan menukar topik perbualan...Ada sesuatu yang menggelikan hati kami malam tadi...tapi biarlah kami berdua sahaja yang tahu selain Allah..Teringat tulisan ustaz kazim "Anak-anak zaman sekarang.Mereka terlupa bahawa hanya melihat wajah ibu, dapat mendatangkan pahala. Dapat mencium tangan ibu sudah mendatangkan pahala, bahkan berbakti kepada ibu bapa juga mendatangkan pahala. Namun mereka menolak untuk melakukan semua itu.Bagi anak-anak seperti ini, tunggulah sehingga ibunya meninggal dunia. Ketika itu, keluar air mata darah sekalipun sudah tidak berguna. Goncanglah batu nisan sekalipun, wajah dan senyuman si ibu mustahil untuk dililhat lagi.
Minta ampun juga sudah tiada manfaatnya.Silap-silap bacaan tahlil sebagai hadiah juga tidak berguna kerana telah menderhaka kepada mereka. Ketika itu bawalah segala dosa kita menghadap Allah di akhirat kelak. Jadi nasihat saya  kepada mereka yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah ibu bapa sepenuh hati.Berusaha untuk memberi khidmat terbaik buat mereka, Paling penting usah berkira dengan mereka.Hadiahkanlah setiap sesuatu yang paling istimewa." Terima kasih ustaz Kazim kerana menjadikan aku lebih menghargai kehadiran mak dan abah dalam hidupku. Semoga usahanya dalam menyampai dakwah mendapat keredhaan Allah. Amin.

Pagi ini ketika aku mencium tangan mak dan abah aku sayu...Adakah aku berkesempatan lagi untuk bersama mereka. Melihat wajah mereka..memeluk mereka..mencium mereka memberikan kita pahala. Ramai yang tidak sedar inilah nikmat yang berharga hadiah dari Allah untuk kita sebagai anak. Malam tadi mak memberitahuku...dalam doanya  sentiasa ada untuk aku..abah pun sama...sentiasa mendoakan aku..Doa ibu tidak ada hijab sama taraf dengan doa rasullullah...doa abah...Ya Allah alhamdulillah...Dua malam aku bersama mereka, aku terjaga setiap kali abah solat malam...dengar dia berzikir dan berdoa...aku tak dapat bayangkan apabila mereka tiada...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Doa ku pada hari yang Istimewa Ini : Hari Wukuf di Arafah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ya Allah, memohon pertolongan dengan rahmatMu, membetulkan segala keadaan diri kami,dan janganlah Engkau serahkankami kepada diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Engkaulah penaung kami di dunia dan akhirat.Ampunkan dosa-dosa kami,dosa-dosa kedua ibu bapa kami , dosa-dosa ahli keluarga kami dan dosa2 -dosa muslimin dan muslimat yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Wahai Tuhan kami, matikan kami sebagai Muslim, matikan kami dalam dan tempatkan kami bersama-sama orang yang soleh.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pertolongan kepada kami dan janganlah Engkau memberi pertolongan kepada orang lain untuk membinasakan kami, Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kemenangan kepada kami dan jangan Engkau memberi kemenangan kepada orang lain utk membinasakan kami. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah daya ikhtiar untuk menyelamatkan kami dan janganlah Engkau kurniakan daya ikhtiar kepada orang lain yang ingin membinasakan kami. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah hidayah kepada kami, dan kurniakanlah kemudahan hidayah kepada kami. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah pertolongan kepada kami untuk menentang mereka yang berlaku zalim kepada kami.

Ya Allah, pandanglah kami dengan pandang rahmatMu ya Allah. Janganlah sekali-kali kau abaikan kami walaupun sekelip mata. Wahai Tuhanku, ampunkan dosa-dosa kami kejahilan kami, dan keterlaluan kam dalam urusan kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang Engkau lebih tahu dari kami. Amin

Sabtu, 6 September 2014

Pesanan Daripada Seseorang Buatku....



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
1.30pagi...mataku masih belum mengantuk. Hanya ayat-ayat quran menjadi teman setia. Hari ini aku belajar sesuatu dari seseorang. Teringat pesanan beliau :-
  • Jangan jadikan dunia tempat kita mendapat dosa. Amat rugilah seseorang hamba yang melakukan kejahatan di muka bumi ini. Allah berikan kita peluang untuk berbuat amal kebajikan mengapa kejahatan yang kita pilih?  
  • Apa kita ingat apabila kita sakit? Ingat kematian? Bersedia untuk mati? Serugi-rugi manusia ialah manusia yang tidak memandang musibah penyakit dengan mati hati. Janganlah kita jadi hamba yang Allah kurniakan nikmat mata dapat melihat tetapi buta mata hatinya. Allah beri kita banyak nikmat. Gunakan sebaik-baik mungkin.
  • Hidupmu sebelum matimu. Apabila datangnya mati, mati tidak memberi manfaat kepada kita lagi. Jalani kehidupan yang Allah berikan dengan sebaik-baiknya. Jadilah manusia yang sentiasa memberi manfaat kepada semua makhluk di muka bumi ini.
  • Sihat sebelum sakit. Masa kita sihat buatlah  macam-macam kebaikan, buatlah amal ibadat. Istiqamah atas segala perbuatan yang disukai Allah. Apabila sakit,akan timbul penyesalan. Masa sudah suntuk untuk kita membuat amal kebajikan dengan kudrat yang terhad. Rebutlah masa sihat jangan tunggu masa dah sakit baru nak berubah.Alangkah ruginya kita nanti.
  • Masa lapangmu sebelum sibukmu. Apabila panggilan kematian melambai kita, pada ketika itu masa 24 begitu pantas berlalu. Semua perkara nak kita buat pada ketika itu sedangkan sakratulmaut semakin menghampiri kita pada ketika itu. Bagaimana dalam keadaan menghadapi sakratulmaut kita baru nak sedar menyesal nak berbuat kebaikan.Pada ketika itu waktu sudah suntuk. Jangan tunggu waktu itu!!! Berbuatlah amal sekarang!!!
  • Kaya sebelum miskin. Ketika Allah kurniakan kita kekayaan kemana kita gunakan kekayaan tersebut. Adakah kita gunakan pada jalan Allah? Kaya itu subjektif. Bukan hanya kaya pada harta benda. Kita boleh kaya dengan senyuman. Gunakan kekayaan senyuman kita itu untuk bersedekah setiap hari. Kita kaya tenaga. Gunakan tenaga yang ada ke jalan Allah. Nampak ada batu/kayu/ranting/duri di jalan raya, gunakan tenaga kita membuangkan benda-benda itu. Mudahkan? Tapi kenapa kita sempitkan fikiran kita nak bersedekah kena tunggu kaya..kaya duit harta? Ubah persepsi kita.
  • Muda sebelum tua. Apabila datang tua rugi kerana ketika muda tidak mahu membuat kebaikan. Dalam hidup ini ambiklah kesempatan yang ada dengan membuat amal kebajikan. Pak Hamka pernah berkata hidup sekali tapi biarlah dimanfaatkan. Bagaimana Ummar Abdul Aziz mentadbir? Baginya dunia tidak mungkin menipu dayanya. Dia tetap gah tetap taat dalam pentadbiran. Menjadi pemimpin yang adil dan dapat mengubah corak pemerintahan yang diredhai Allah dalam masa 852 hari sahaja. Rasa kagum dengan pemerintahannya yang penuh dengan ketaatan dan kejujuran .
  • Insaflan akan hakikat kehidupan kita sebagai seorang muslim. Susun atur kehidupan kita. Ada waktu untuk ibadat, untuk zikrullah, hadirkan diri solah jemaah, berdakwah dengan cara tersendiri.Yang penting kita sentiasa ada nilai tambah. Hiasilah hidup kita penuh dengan bermanfaat supaya kita meraih keredaan Allah.

Rabu, 3 September 2014

Uruskan hidupmu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Dalam hidup kita kena bijak mengurus. Mengurus kewangan? Itu dunia!!

Mengurus Keluarga berlandaskan alquran!!!Berapa ramai sang suami berusaha memahami persoalan menguruskan keluarga berlandasan al-quran? 

Adakah sang ibu/sang bapa sudah benar-benar mendidik keluarga mereka seperti mana yang Allah suruh?

Bila anak sudah pandai bermain, suruh mereka bermain di rumah Allah.
Bila anak sudah pandai bercakap, ajarilah dia zikrullah.
Bila anak sudah pandai berjalan, pimpinlah mereka jalan ke jalan Allah.

Jagalah keluarga baik-baik...pasangan kita,anak-anak kita..Mereka akan dipersoalkan dibawah tanggungjawab sang suami/sang bapa.Sedih, masih ada sang suami yang dengan bangga, ego memberikan kebebasan kepada isteri dengan alasan tidak mahu mengongkong. 
Adakah sang suami sedar setiap perbuatan isteri adalah dibawah tanggungjawabnya dan dia akan memikul dosa-dosa sang isteri.
Dosa diri sendiri, dosa isteri, anak-anak, ya Allah tidak dapat dibayangkan bagaimana resah gelisahnya nanti di padang Mahsyar. Kasihan insan bernama LELAKI. 

Kalau sang isteri sayangkan sang suami berubahlah menjadi isteri yang diredhai Illahi.
Kalau sang anak sayangkan sang bapa berubahlah menjadi seorang anak yang sentiasa mendapat rahmat Illahi. 

Jadilah isteri yang tidak menyusahkan sang suami di SANA...nanti
Jadilah anak yang tidak membebankan sang bapa di SANA....nanti...

Didiklah isteri dan anak-anak terhebat agar mereka memberikan manfaat kepada org lain.

Dapat isteri yang solehah dan anak yg soleh/solehah satu rahmat...apa perasaan anak yg soleh/solehan memandikan jenazah ibu bapa...Ya Allah tenangnya hati & roh sang bapa/sang ibu/sang suami ketika jenazah mereka diuruskan oleh ahli keluarga mereka.

Masih Ada Insan-Insan Yang Berhati Mulia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah,terima kasih Allah. Masih ada lagi insan-insan yang berhati mulia ikhlas dalam persahabatan. Aku mengenali beberapa sahabat di alam maya. Tidak semua orang di alam maya itu tidak jujur dan masih ada lagi insan-insan yang hatinya bersih.

Iman sahabatku yang memberikan kekuatan, memberikan aku semangat ketika aku dalam kesakitan & kesedihan.Aku kembali dengan semangat yang diberi. Pada ketika aku mengenali Iman, aku baru sahaja discharge dari hospital. Aku bosan dengan mc yang lama lalu aku on9 untuk hilangkan kebosanan dan tekanan yang aku hadapi. Allah temukan aku dengan Iman. Rizal kukenali bukan dalam ruangan cyber tetapi melalui kenalanku. Rizal agak terkilan setelah mengetahui keadaan aku. Kenapa tak beritahu masa i pergi buat umrah.I akan doakan u di depan Kaabah. Aku terharu mendengar ungkapannya. Zaheer walaupun jauh beribu batu tapi tetap mendoakan kesejahteraanku. Ikhlas dalam persahabatan kerana Allah. Danish sahabatku yang sentiasa menceriakan kehidupanku di kala aku kesakitan. Mikhael sahabat baruku berkongsi pengalaman berkongsi rasa apa yang kami rasa. Allah hantarkan AhJoy sahabatku yang membuka mata hatiku untuk menyintai Allah Dan Rasul. Terima Kasih Allah..Semoga persahabatan kami ini keranaMu Allah..berkekalan di dunia dan di Jannah. Amin!!





Isnin, 1 September 2014

Bosan!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Hari ini aku tidur sahaja..sejak petang semalam balik dari rawatan darusiyfa aku rasa tak  bermaya...letih. Tidur sampai ke petang.

Pagi ini dengan kekuatan yang ada, setelah aku makan ubat yang diberi aku cuba menyiapkan breakfast. Hari ini aku ingin pergi ke office nak siapkan kerja-kerja yang lama tertangguh. Tapi aku tak berdaya..badanku terasa lemah kembali...aku mampu berbaring di atas simen.Aku tertidur hingga ke petang. Itupun disebabkan deringan telefon dari xstudent ku bertanyakan khabar. Suaraku lemah katanya..Aku tak boleh fokus apa yg diperkatakannya.Aku nak tidur itu alasanku.

Bosan...on9 lagi bosan...sorry i m not interested. i m here not looking for a man..i m here just need a companion to talk...itu ayat standard aku bila chatters mula ckp merapu. Entahla apa nak jadi dengan manusia...ada tempat utk bersembang..bersembang yang bukan2..cubalah sembang yang memberikan ilmu manfaat kepada org lain.


Ahad, 24 Ogos 2014

CARILAH HIDAYAH DARIPADA ALLAH MELALUI MUSIBAH!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Hari ini aku menjalani rawatan seperti biasa...Alhamdulillah aku beransur sihat.Terasa ringan selepas rawatan. Terima kasih Allah atas kurniaan nikmatMu ya Allah..

Sesiapa yang menerima musibah dengan sabar, dengan redha ada ganjaran menanti. Teringat kata-kata semangat daripada ustaz yang merawatku..banyakkan bersabar, Allah nak beri kamu sesuatu ganjaran. 

Bagaimana Rasullullah menerima musibah yang menimpa kepada baginda...musibah, musibah,musibah, tapi rasullullah tetap bersabar. Setiap kali musibah yang datang kepada baginda semakin mencabar. Aku perlu lebih mendalami sirah Rasullullah, belajar bagaimana baginda menangani musibah dengan sabar dan redha.

Aku mencari hidayah melalui musibah.Bilamana musibah tiada manfaat, tiada kebaikan kepada diri, ini bermakna aku tidak melihat musibah itu dengan mata hati. Aku bersyukur dengan musibah yang diberi, menjadikan aku lebih kuat, lebih tabah, lebih mengenali alquran, yang paling penting lebih dekat dengan Allah Aku belajar menghadapi musibah dengan syukur nikmat. 


Alllah telah memberikanku hidayah daripada musibah kesakitan ini. Aku maafkan mereka yang menganiayai aku. Siapa aku untuk tidak memaafkan mereka. Siapa aku pada pandangan mereka tidak penting. Aku tak kisah. Yang Penting, Yang Aku Kisah siapa aku pada pandangan Allah.

Biarlah umurku ini  membawa barakah... Aku tidak mahu lagi membiarkan umurku berlalu dengan sia-sia tanpa melakukan sebarang kebaikan. Biarlah kehadiran kita dinanti-dinanti, dihargai, dan pemergian kita nanti bukan ditangisi tetapi diingati tersemat di sanubari. Yang paling penting kehidupan kita memberi manfaat kepada semua makhluk Allah di dunia ini. Amin

Istikharah dan mimpi...yang tersurat dan yang tersirat..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Happy Birthday kepada insan yang pernah berada di hati..Maaf tiada ucapan seperti tahun-tahun dahulu. Ini tahun ke-3 aku tidak melakukannya. Malam tadi istikharah lagi...dan aku bermimpi melihat dirinya dalam kesakitan, kenapa terlalu banyak baju-baju kotor di sekilingnya yang tak berbasuh. Lalu, aku dtg kepadanya memungut baju-baju kotor itu untuk aku basuh. Ya Allah kau berikan aku jawapan terhadap istikharahku ini. Aku tidak menyebut namanya dalam doa istikharahku..tapi kenapa dlm mimpi itu wajahnya menjelma dalam kesakitan, dan aku menolongnya. Adakah dia memerlukan aku membantunya...Ya Allah kau bantulah aku mencari jawapannya.

Ya Allah, andai dia benar-benar memerlukan aku sebagai sahabat...kau tukarkanlah perasaan ini, buangkanlah sejauh-sejauhnya "perasan" terhadap dirinya. Walaupun dia telah melukakan hatiku, kau berilah kemaafan kepadanya atas kesalahnnya terhadap aku.Ya Allah jika kau mahu berikan aku pahala dari perbuatannya pada diriku..kuatkanlah hatiku..berikan aku kesabaran.  Biarlah tiada dendam antara kami. Siapa aku untuk tidak memaafkannya. Aku berserah kepadaMU ya Allah..

http://www.youtube.com/watch?v=DUNDF66CeDg

Muhasabah diri : Adakah bacaan alfatihah ku betul?

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Beruntungnya mereka yang sentiasa menerima sedekah alfatihah setelah ketiadaannya nanti. Namun, tiba-tiba hati ini terkesan dengan kata-kata seseorang, berapa banyak pahala sedekah alfatihah tersebut itu akan sampai kepada kita? 


Yang tersirat, adakah bacaan fatihah kita itu betul-betul mengikut hukum tajwid dan adakah kita berusaha mempelajarinya....Terima kasih kepada insan yang menyedarkan kekurangan diri...

Ahad, 17 Ogos 2014

Aku Mahu Pergi Kerja Ya Allah...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah setelah sekian lama aku tak menulis di blog ini, dengan izin Allah aku cuba menulis kembali. Keadaan tidak mengizinkan aku untuk update, faktor kesihatan menghalang aku untuk terus menulis di sini.Namun aku cuba setakat yang ku mampu.

Sepanjang minggu ini aku duduk di rumah saja. Badanku lemah tak bermaya. Tapi aku bosan. Aku chatting untuk menghilangkan kebosanan, lupakan kesakitan. Aku tidak boleh tidur sebab itu aku online sejak minggu lepas...tapi aku lagi bosan...chatters yang ku jumpa talking nonsense. Untuk jumpa chatters yang membina ...tak ramai.. Bukan tak ada..mungkin aku tak jumpa. Jika mereka ingat I am horny talking nonsense they are wrong. I am there just need a companion to talk..

Pagi ini seperti minggu-minggu sudah, aku ke Darusyifa menjalani rawatan. Hari ini, aku terlalu lemah..airmata aku keluar ketika rawatan...muntah2 seperti selalu..kali ini aku mendapat rawatan dengan ustazah yang pernah memberikan aku rawatan tepuk. Aku memberitahunya aku berhenti membuat rawatan tepuk untuk fokus pada rawatan bekam sihir. Ustazah merawat aku dengan ayat-ayat ruyqah...aku mengikuti dalam hati...

Badanku lemah selepas rawatan mata berair disebabkan muntah-muntah...aku rasa badanku ringan sedikit...Alhamdulillah....aku sebak bila ustazah memberikan aku kata2 semangat.Adik banyakkan bersabar..kita tak tahu bila Allah nak berikan kesembuhan. Allah ada diari untuk adik. Ada hikmahnya...Allah nak kifarahkan dosa-dosa kita yang lalu,,nak uji kita...hikmahnya adik makin dekat pada Allah.Teruskan amalan. Insyaallah...SABAR. Aku sebak..


Badanku kembali rasa tak selesa...belah kiri ku sakit..Aku dapat tahu Mak Timah dimasukkan ke hospital akibat muntah berdarah. Ya Allah jika ada kesembuhan kepada Mak Timah, dan menjadikannya lebih menyintaiMU ya Allah,, aku pohon padaMu untuk diberikan kesembuhan kepadanya kerana dia orang yang baik.


Aku juga seperti Mak Timah, muntah darah tapi April yang lalu..berketul-ketul. Ketika itu hatiku berdebar-debar melihatkan darah yang keluar. Aku bertanya pada diri ku, adakah aku nak mati pada malam ini. Aku cuba membaca surah At -Taubah ayat 126-128. Andai aku tidak dapat mengingatinya bermaksud kematianku makin hampir. Aku berdebar-debar bila ketika untuk memulakan bacaan. Menurut sumber, Jika sudah menjadi amalan terhadap ayat tersebut, dan kita mengamalkannya kalau kita tidak dapat mengingati ayat tersebut maksudya tanda-tanda kita nak mati.. Itu hikmah yang aku dapat apabila aku diberi ujian kesakitan,,,Allah nak berikan aku ilmu dam mengamalkannya.

Ya Allah kau berikan aku kekuatan..tadi rawatan ustazah memegang dada ku,...aku muntah..tekakku panas..Aku ada rasa sesuatu hendak keluar melalui tekakku...namun ada sesuatu yang menghalang untuk terus keluar dari dalam badanku..

Aku harap esok aku boleh pergi kerja. Ya allah kuatkan semangatku untuk  pergi kerja esok Ya Allah....banyak kerja ku tertangguh...report aku dah seminggu pending!!!


Rabu, 18 Jun 2014

Ya Allah Berikan ku Kekuatan Ketabahan!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Badanku tiba-tiba lemah, setiap bulan pasti ada hari-hari tak ke office, badan lemah, tidur sepanjang hari. Bukan aku sengaja tidak mahu kerja, tetapi badanku lemah, malam tidurku diganggu, aku mencari tempat yang ku selesa untuk tidur, aku beralih-alih tempat, sedar terbaring di atas simen. Ayat ruqyah menjadi peneman setia aku setiap malam. Ada kala aku tidak berdaya untuk mengaji, ada masa aku mempunyai kekuatan untuk melawan. Ya allah berikan aku kekuatan ketabahan menempuhi ujian ini Ya Allah. 

Teringat kata-kata M, akak tidak semua orang mendapat hidayah daripada Allah. Tidak semua orang akan berusaha membaca alquran, tidak semua orang akan berusaha menghafal ayat-ayat quran, tidak semua orang sentiasa berzikir. Dia mahu menenangkan aku, bila aku ingat kata-kata tersebut aku mesti menjadi "orang itu" orang yang mendapat hidayah melalui kesakitan dan kesedihan atas perbuatan seseorang yang aku pernah berada di hatiku. Kerana sakit aku berusaha menghafal al-ruqyah,membaca quran, berzikir, berusaha menyucikan hati untuk melawan gangguan yang menyerang. Kadangkala aku tewas dengan gangguan yang menyerang, aku perlukan sokongan apabila diserang. Tapi siapa? Hakimi memberitahuku dia telah bertanya kepada sifu kami tentang keadaan sakitku. Jawapan sifu "sakit dia memerlukan dia berkahwin tetapi dengan orang yang boleh merawat." Ya Allah, jangan kau duga aku dengan dugaan yang aku tidak mampu menanggungnya Ya Allah.

Rabu, 11 Jun 2014

Mimpi, Ayatul Qursi dan Alikhlas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Sudah lama aku tidak melayari internet. Pelbagai perkara berlaku dalam diri aku. Sakit, sembuh, sakit, sembuh, itulah aku. Aku bertemu ustaz lalu memberitahunya akan mimpi yang ku alamai. Aku meminta pandangan ustaz surah-surah pilihan yang perlu aku baca. Pelbagai surah aku baca, tetapi gangguan masih menyerang aku pada waktu malam. Jawapan ustaz ringkas, cari surah yang aku rasa sesuai dengan diriku.

Subhanaallah, Allah Maha Pengasih Maha Penyayang, Allah memberikan aku jawapan yangku cari melalui mimpi.Aku bermimpi seorang perempuan berambut panjang datang cuba untuk berbuat sesuatu padaku, aku membaca ayatul qursi dan alikhlas, dalam mimpi itu aku seakan-akan mahu tewas ketika mempertahanlan diri, aku berkata dengan diriku mengapa perempuan ini lebih kuat daripada aku, aku sudah baca ayatul qursi dan alikhlas,kenapa dia kuat ya Allah. Tiba-tiba perempuan itu berundur daipada aku sambil berkata, hari ini aku kalah, aku kalah dengan 2 ayat yang kau bacakan itu ayatul qursi dan al-Ikhlas. Tapi aku akan datang. Selepas mimpi itu aku sihat beberapa hari dan kemudian gangguan tetap datang semula. Aku mulai terpikir ayatul qursi dan al-Ikhlas. Itulah senjata aku melawan gangguan yang datang.

Alhamdulillah,,,aku diberikan jawapan oleh Allah melalui mimpi...