بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Isteri Kita Amanah Kita. Dalam maksudnya. Berapa ramai yang menghayatinya? Wanita itu sifatnya lemah. Suami adalah pemimpin. Jadilah sebagai suami yang mempunyai kepimpinan dalam menguruskan rumahtangga. Para suami yang budiman, kalian perlu berusaha mencorak rumahtangga yang dibina berlandaskan prinsip dan hukum Islam. Keluarga sakinah dan mawaddah warahmah pasti menjadi milik kalian para suami yang budiman.
Bak kata ustaz Kazim "Bersabarlah melayan karenah isteri kita. Mereka nampak keras hati dan degil namun hati mereka rapuh."Kalian perlu banyak bersabar dan menasihati mereka secara berhemah, percayalah pasti mereka akan mengambil pengajaran atas nasihat yang diberikan daripada suami tersayang. Jadilah suami tauladan dapat memimpin rumahtangga. Binalah rumahtangga yang bermatlamat ke arah kebahagiaan dunia akhirat. Jangan meruntuhkan mahligai yang dibina.
Terimalah pasangan kalian seadanya. Kerana dialah teman hidup yang kalian pilih untuk melayari bahtera. Andai ada cacat cela pasangan kalian, renungilah diri sendiri. Bermuhasabah. Itu isteri yang kalian pilih dan kalian diberikan amanah untuk membimbingnya. Berapa ramai yang beristikharah cinta sebelum memilih pasangan menjadi teman hidup. Kita diberi banyak pilihan tetapi bagaimanakah kita memilih pasangan kita. Adakah kita berpandukan al-quran dan sunah dalam memilih pasangan hidup?
Persoalan selepas berumahtangga? Mengapa tidak bahagia? Mengapa kalian memilih rupa dari akhlak dan agama? Itu pilihan kalian, pilihan hati kalian. Mengapa tak bahagia? Kita memilih jodoh mengikut kehendak kita tanpa merujuk kepada Allah. Mungkin pasangan kita itu bukan jodoh yang terbaik untuk kita, bukan pilihan jodoh terbaik Allah. Namun kerana dek cinta yang membara kita memilihnya. Allah berikan jodoh yang kita minta sedangkan ada jodoh lebih baik yang Allah sediakan untuk kita. Kita tidak merujukNya memilih pasangan mengikut kehendak kita bukan kehendak Allah kerana kita rasa dialah yang terbaik untuk kita.Namun pada hakikatnya di mata Allah sebaliknya. Maka Allah berikan apa yang kita mahukan tapi bukan jodoh yang Allah mahukan kerana itu pilihan kita. Bukan yang terbaik untuk kita sebenarnya. Itulah nanti rumahtangga kita tidak bahagia dan bermasalah. Di mana Sakinah dan Mawaddah?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan