بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Hari ini 22 Muharam...
22 hari telah berlalu setelah aku menanamkan semangat untuk berhijrah. Aku cuba bermuhasabah diri sejenak..cuba mencari kekurangan dan kelemahan diri pada hari ini. Banyaknya kelemahan aku yang perlu aku perbaiki.
Aku tidak mahu berjanji tetapi aku berusaha untuk melakukannya sedikit demi sedikit.. Yang penting Istiqamah itulah sebaiknya. Teringat kata-kata sahabatku yang budiman orangnya. Kesibukan kerja menyebabkan kami jarang berhubung cuma doa yang mampu ku titipkan buatnya.
Aku cuba menakrifkan maksud Hijrah mengikut pemahamanku. Apa yang aku tahu hijrah boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama Hijrah fizikal (keadaan badaniah). Betul ke apa aku tulis nie Cik Sharah Abdullah? Paling mudah mengikut pemahaman aku, Hijrah fizikal lebih kepada berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Hijrah yang ke dua pada pemahaman aku lebih menjurus kepada Hijrah Rohani. Hijrah Kejiwaan. Jika ditafsirkan dari mata hatiku, Hijrah ini lebih relevan kepada kita " Sebelum ini kita jauh daripada Rahmat Allah, Kita berhijrah menjadi semakin dekat kepada Rahmat Allah."
Sebagai umat baginda Nabi Muhammad s.a.w kita tetap berpeluang melakukan hijrah.Baginda menyatakan dlm hadis "Mereka yang berhijrah meninggalkan perkara yang ditegah kepada perkara kebaikan...meninggalkan perkara-perkara kesalahan dan perkara dosa..inilah Hijrah yang kita perlu praktikkan.
Yang lebih utama kita sebagai mukmin perlulah melakukan hijrah bersifat maknawi "berhirah menuju kepada ketaatan. Jika kita selama ini jauh daripada Allah, maka kita melakukan penghijrahan dengan berusaha mendekatkan diri kepada Allah. Jika kurang ilmu tibalah masanya kita berhijrah mencari ilmu. Jika sebelum ini sifat akhlak tidak baik maka berpindahlah menjadi mukmin yang lebih hebat.
Mereka yang yang melakukan penghijrahan maknawi inilah yang layak memohon rahmat kasih sayang Allah. Bila mana kita berhjrah ke jalan Allah, kita berhak mendapat kasih sayang dariNya. Semoga penghijrahan ini diterima oleh Allah, Marilah kita bersama-sama melakukan penghijrahan menjadi mukmin yang lebih baik. Insha Allah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan