بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Takdir? Kuatkah aku menerima takdir dariNya..Aku hamba Allah yang lemah. Namun aku tidak selemah yang aku sangka. Berusaha menjadi hamba Allah yang kuat dalam menerima setiap musibah dan takdir daripada Allah Yang Maha Berkuasa.
Semakin kuat kita menerima takdir Allah, menerima ujian Allah, menerima segala ketentuan dariNya, tanpa kita sedar sebenarnya hati kita dan jiwa kita dididik oleh Allah untuk berasa tenang. Aku melihat segala ujian dan ketentuan Allah untuk diriku dengan pandangan mata hati untuk aku lebih berfikir dan memandangnya sebagai pandangan seorang HAMBA. Baharu ku sedar akan nikmat ujian yang Allah berikan ada hikmah di sebaliknya. Setiap takdir yang dtetapkan kepada kita, sebenarnya anugerah dari Allah. Bagaimana kita sebagai hambaNya menerima takdir itu? Aku mahu menjadi mukmin yang kuat. Walaupun pada zahirnya aku nampak lemah, tapi aku berusaha untuk menguatkan kekuatan dalaman dan jati diriku.
Aku mahukan jiwa yang tenang! Jiwa yang tenang dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang datang.
Skrip kehidupan aku pada hari ini:-
"Aku mahu jadi mukmin yang kuat. Mukmin yang kuat paling disayangi Allah. Mukmin yang kuat adalah mereka yang menerima takdir Allah dengan hati yang lapang dan terbuka, tidak kira sama ada ia takdir yang baik ataupun sebaliknya"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan