بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Apakah yang menyebabkan kamu menangis ya rasulullah??? Jawab baginda : "Akan ada orang yang lahir lama selepas kewafatanku, mereka sangat cinta dan merinduiku.. Walaupun mereka tidak pernah mendampingiku...Sesungguhnya aku merindui mereka..Ya Allah kau terbitkan perasaan rindu ini dalam diriku, ibu bapaku, saudara maraku, sahabat-sahabatku, mereka yang membuat kebaikan kepadaku serta kaum muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat terhadap baginda nabi Muhammad s.a.w. Semoga kita semua mendapat syafaat daripada baginda. Amin.
Masyallah betapa kasihnya baginda Rasulullah s.a.w kepada umatnya. Kita sebagai umatnya berapa kerap kita berselawat mengingatinya. Muhasabah diri bagi diriku dan semua umat baginda s.a.w Sudahkan kita berselawat pada hari ini mengingati baginda Nabi Muhammad s.a.w.
Manusia itu akan bersama dengan orang yang dia cintai. Hanya yang kita perlukan berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan penuh keikhlasan agar kita dapat bersama dengan baginda di perkampungan akhirat insha allah.
Marilah kita mencontohi akhlak Nabi Muhammad s.a.w kerana janji Nabi s.a.w. orang yang paling aku sayang duduk denganku ialah orang yang mulia akhlaknya. Boleh memaafkan orang seperti akhlak nabi yang sentiasa memaafkan musuh-musuh baginda tanpa ada sekelumit dendam. Walaupun orang membaling batu kepada baginda, dicerca, tiada hari yang Abu Jahal tidak menyakiti Nabi s.a.w namun nabi s.a.w tetap memaafkan mereka. Marilah kita menanamkan azam, berakhlak mulia seperti akhlak mulia rasulullah dengan mudah memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita. Kita perlu memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh rasullulah s.a.w. Baginda s.a.w tidak pernah mendapat kerehatan untuk memperjuangkan agama Allah.

Marilah kita bertanya kepada diri kita bagaimana kita mahu menyelamatkan diri kita dan ahli keluarga kita di Sana? Ikuti apa yang Nabi s.a.w tinggalkan tetapi pernahkah kita fikirkan bagaimana keadaan Nabi s.a.w pada ketika kehidupan baginda. Lantunkan mahabah dan kasih sayang kita kepada Nabi muhammad s.a.w supaya kita mendapat syafaat dan kasih sayang daripada baginda di Sana. Kerinduan kita menjadi kerinduan Rasulullah dan mimpi bertemu baginda sebagai pengubatnya. Insha allah.
Skrip kehidupanku pada hari ini :
Menyintai Allah dan Rasullah melebihi segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan