بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Happy Birthday kepada insan yang pernah berada di hati..Maaf tiada ucapan seperti tahun-tahun dahulu. Ini tahun ke-3 aku tidak melakukannya. Malam tadi istikharah lagi...dan aku bermimpi melihat dirinya dalam kesakitan, kenapa terlalu banyak baju-baju kotor di sekilingnya yang tak berbasuh. Lalu, aku dtg kepadanya memungut baju-baju kotor itu untuk aku basuh. Ya Allah kau berikan aku jawapan terhadap istikharahku ini. Aku tidak menyebut namanya dalam doa istikharahku..tapi kenapa dlm mimpi itu wajahnya menjelma dalam kesakitan, dan aku menolongnya. Adakah dia memerlukan aku membantunya...Ya Allah kau bantulah aku mencari jawapannya.
Ya Allah, andai dia benar-benar memerlukan aku sebagai sahabat...kau tukarkanlah perasaan ini, buangkanlah sejauh-sejauhnya "perasan" terhadap dirinya. Walaupun dia telah melukakan hatiku, kau berilah kemaafan kepadanya atas kesalahnnya terhadap aku.Ya Allah jika kau mahu berikan aku pahala dari perbuatannya pada diriku..kuatkanlah hatiku..berikan aku kesabaran. Biarlah tiada dendam antara kami. Siapa aku untuk tidak memaafkannya. Aku berserah kepadaMU ya Allah..
http://www.youtube.com/watch?v=DUNDF66CeDg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan